Saturday 22 March 2014

WACANA ILMU : 2 Marhalah

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

 Alhamdulillah, tanggal 20 Mac, Wacana Ilmu yang dianjurkan oleh PMIUTM telah berlangsung dengan jayanya. Saya sebagai peserta, sangat bersyukur kerana dapat menambah ilmu bermusafir ini.. Almaklumlah, dah nak cuti midsem, perjalanan yang jauh pasti akan menyebabkan seseorang itu menunaikan solat secara jamak dan qasar.. okay, we start now. Di sini saya cuma mahu berkongsi apa yang saya dapat daripada majlis ilmu tersebut. Jika ada salah dan silap, harap ditegur. Isi-isi telah disampaikan oleh Ustaz Ellyeen.

Musafir memberi makna orang yang dalam perjalanan
Allah memberikan keringanan kepada orang bermusafir dengan syarat:-
1. Musafir tujuan yang baik, bukan untuk melakukan maksiat
2. Destinasi melalui atau melebihi 2 marhalah yang bersamaan dengan 91km
3. Mengetahui destinasi yang dituju dan tidak sesat.

Hikmah 
(i) ringan dan memudahkan umat islam untuk menunaikan solat
(ii) tanda kasih sayang Allah SWT kepada manusia

Sekarang, kita masuk ke solat yang boleh dilakukan ketika bermusafir~

SOLAT QASAR
Maksud
Bahasa: pendek & ringkas
Istilah: memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.

Syarat-syarat
1. Melepasi sempadan kawasan sbgai cth: kita duduk di Taiping. kita kena keluar dulu daripada sempadan Taiping dahulu baru boleh memulakan solat qasar.
2. Tidak berniat bermukim (hidup menetap) melebihi 3hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan solat qasar

SOLAT JAMAK
Maksud
Bahasa: Himpun atau kumpul
Istilah: **maaf tak sempat salin**

Jamak terbahagi kepada dua, jamak taqdim dan jamak takhir
Jamak taqdim, mengumpulkan dua solat pada awal waktu, cth: solat asar kedalam solat zohor, atau solat isyak ke dalam solat maghrib.
Jamak takhir, mengumpulkan dua solat pada akhir waktu, cth: solat zohor kedalam solat asar, atau solat maghrib ke dalam solat isyak.

ketika jamak taqdim, haruslah mengikut tertib. dahulukan yang awal. cth, zohor dan asar, haruslah kita lakukan zohor dahulu baru solat asar.
ketika jamak takhir, tidak kisaha mana yang mahu didahulukan.

antara dua solat yang ingin dijamakkan, haruslah berturut turut. tidak boleh berlaku pemisahan yang lama antara kedua dua solat

sampai di sini saja, maaf ada yang terkurang atau tersilap..
MOGA BERMANFAAT~ (:

.

No comments:

Post a Comment