Thursday 9 August 2018

Memilih Sahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kata Imam Ghazali:
Ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."
Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,makasebolihnya engkau lihat lima sifat yg ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kpd Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah pertangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia.
Dengan memilih sahabat yang baikmudah2an kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!
5. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kpd dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kdp dunia.
(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah)


Wednesday 1 August 2018

Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Bertemu lagi kita dalam aksi2 memanjat mendaki bersama atiqah.😆
okay, seperti biasa, aktiviti jalan2 tempat adventure aku ni takkan lengkap kalau tiada kawan intern aku, Fahim and Aida. Sebab dorang je yang boleh melayan kehendak aku nak pi tempat2 macam ni..
Oleh kerana Aida datang Johor semata2 nak jumpa aku and fahim, 
so, aku and fahim plan la event2 yang kami kena spend dengan aida supaya dia rasa berbaloi datang Johor.

so, One of the event is pi Tasik Biru ni laa..
tapi kali ni ramai join. kawan2 si fahim semua habis dia angkut join sekali.

First of all,
dimana lokasi Tasik Biru ni?
dekat kangkar pulai je..
berdekatan dengan UTM JB.
nak bagitau lokasi nak pi sana pun tak tahu macam mana,
sebab follow orang.. 
and, before korang nak sampai sana,
korang akan lalu tanah tanah merah.
ke tahan oren ek? (ade ke?) 😂

pendakian bermula.
pendakian nak kata mencabar, tak la sangat..
okay2 jee.. tempat2 yang susah dan licin. 
sudah tersedia tali untuk korang paut...

daki2 sampai puncak kau akan nampak dah view tasik tu dari puncak.. 
subhanallah, siyes lawa..
and kami pun stop kat situ..
tangkap gambar 








so then, lepas tangkap gambar semua.
kami teruskan perjalanan turun puncak tu untuk lebih mendekati tasik biru tuu..
tapi, 3 ke 4 orang daripada kami tak join.. 
sebab dorang pakai seliper je wei.. 😓
tapi ade je yg pakai selipar join jugak.
so ni mesti depa salah faham sebab ingat pi tasik just likeee..
"TASIK jee 😶"
so 3 ke 4 org tu, dorang tunggu ja kat puncak..

jalan2 turun..
sampai lah ke tasik biru dengan lebih dekat..
tapi tak la dekat mana..
still jauh jugak..
before nak sampai tu, 
kena lalu tanah merah yang macam tinggi.
so siapa2 yang tak reti tu.
mengelogsor jaa..
so, bawah2 ini adalah gambar nyaaa
ENJOYYYY?!!









okay..
itu sahaja,
-the end-