Sunday 2 December 2018

Hari Malaysia program 16 Sept 2018

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Hai Hello Pembaca semua.
Harini nak share masa yang di isi ketika hari Malaysia baru2 ni.
Plan nya nak hiking di bukit kat nogori ekau..
jauh ke?
bagi aku, kalau perjalanan memakan masa kurang daripada 3 jam.
masih dikira dekat laa..

okay,
kali ni aku pergi 5 orang.
penuh satu kereta yeee..
semangat berkobar kobar sebab dah lama tak hiking luar negeri kl.

Plan nya,
nak hiking bukit batu sawa.
nak pi sebab situ boleh nampak awan carpet kalau pi awal2.
sampai area sana,
cari punya cari entrance nak naik.
tak jumpa2..
hampir 2 jam jugak la duduk dalam kereta cari entrance je.
ke hulur hilir,
tanya juga orang kampung..
dia kata selalunya ade org kg yang guide.
sebab entrance dia kena masuk rumah orang..
hmmm.. xtau laaa...

then tetibe, ade next plan.
nak pergi gunung angsi laa...
sebab situ memang entrance dia jelas sebab kena bayar dulu before nak naik.
sampai punya sampai,
tanya kaunter.
orang tu kata,
"tak boleh naik dah ni. sebab ade event besar. ramai sangat dah org naik sana"
**pulang rumah aku check, mmg ade event besar.
macam marathon naik gunung. Perghhhhh...
jadi pakcik jaga kaunter suggest kan.
naik bukit senaling. dekat je ngan gunung angsi.
terus dengan pantas kami masuk kereta dan search.
tapi dalam perjalanan lapar pulak.
sebab dah tengah hari.
so kami singgah kfc jee..
kebuluran giler time ni.
lepas makan terus sambung perjalanan ke bukit senaling.

okay,
perjalanan nak ke bukit senaling.
bila dah sampai dekat petronas senaling,
itu tanda2 lagi dalam 2km nak sampai laluan masuk ke bukit.
senang je nak cari, sebab dia punya laluan masuk tu, ade banner ke papan tah.
tulis bukit senaling.

sesudah sampai tempat parking kereta.
turun la hujan lebat la jugak.
lalu ade seorang pakcik yang tinggal kat kaki bukit tu bagi kami berteduh.
tunggu punya tunggu hujan renyai2 tak berhenti pulak..
jadi kami amik langkah untuk naik je laaa.
yela, takkan datang jauh2 dari kl,
amik pengalaman duduk dalam kereta je kan?
tak naik bukit 😂
kami kena bayar rm10 je sebab dah petang
dalam pukul 1lebih kot 
kalau naik pagi, range dia dalam rm15-20

maka, bermula lah pendakian dengan hujan renyai2.
pakcik tu suruh hati2.
sebab kawasan sawit,
tanah dia pun licin jugak laaa...
naik punya naik, eh eh..
ternampak kura2 laaa..

haaa.. nak bagitau,
insya Allah korang takkan sesat sepanjang jalan nak ke puncak.
walaupun jalan bercabang cabang.
kerana, setiap cabang disediakan papan yang ada anak panah.
cth seperti di atas.
papan yang dengan kura2 tuuu.🐢

okay, itu sahaja kot nak cerita.
so di bawah ini disertakan gambar sepanjang pendakian dan di puncak.
ENJOYYYY?!!











3.5km perjalanan nak ke puncak
dan akhirnyaaaaa...
💪😄














di sini sertakan sedikit video di puncak






-the end-