Friday, 9 June 2017

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~


ALHAMDULILLAH, aku masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkataan ini. 
hari ini, ramadhan ke-14, dah dua minggu dah kita semua berpuasa.
alhamdulillah, moga kita akan terus istiqamah untuk beribadah bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja, di luar bulan ni pun kita kena banyak ibadah tauu...
sebab dunia ini hanya sementara.
ia tempat kita membaja dan menuai pahala, 
yang akan dihitung dan ditimbang di akhirat kelak.

PANJANG PULAK INTRO,
balik kepada topik kita,
BELAJAR UNTUK BERSYUKUR.

yaaaa,
Manusia,
Makhluk yang diciptakan Allah ini,
penuh dengan keinginan,
ingin berjaya di dunia,
sehingga mereka lupa untuk bersyukur.

Aku juga tak terlepas untuk melalui fasa ini, 
yeeee, aku manusia, keinginan itu banyak.
apatah lagi menjadi seorang pelajar.
(buat masa ini, hanya seorang pelajar)

banyak situasi yang aku hadapi dan lihat sepanjang manjadi seorang student ini,

ada yang dapat markah tinggi 
tapi kata "teruknya markah"

ada yang dapat gred B
tapi kata "wey teruk la gred aku"

dan banyak lagi la...
kenapa ini semua berlaku?
kerana mereka meletakkan expectation yang terlalu tinggi,
dan bila dapat sesuatu itu tidak sama seperti yang mereka harapkan,
mula lah untuk mengeluh..
bukan bersyukur.

MEREKA LUPA,
ada lagi orang yang lebih serba kekurangan daripada mereka.
ya, aku mula rasa semua ini bila aku mendapat ilmu dari kuliah tafaquf
itu adalah tujuan aku nakk tulis post ni,
supaya kita ini menjadi Hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
bukannya Allah tidak mahu kurniakan direct setimpal dengan usaha kita,
cuma Allah mahu lihat kita lebih ingat kepada dia,
in term of SYUKUR, 
mengucapkan Alhamdulillah.

di bawah ini adalah input yang aku salin dan sesuai dengan topik kali ini,
untuk dikongsikan dengan pembaca semua...

sesiapa yang mempunyai 2 sifat ini, Allah akan kurniakan dia dalam kalangan orang yang sabar dan bersyukur,
siapakah mereka itu??? 
1)  orang yang memerhatikan orang yang lebih tinggi daripadanya
dalam urusan berkaitan agama  dan berusaha mengikutinya
2) orang yang memerhatikan orang yang lebih rendah daripadanya
dalam urusan dunia agar dia bersyukur bukan dimaki or hina org itu
so, konklusinya,
jika ingin menjadi orang yang bersyukur di dunia ini,
lihatlah mereka yang dibawah kita, sebagai contoh:
"alaa, ta best la umah teres ni...aku nak umah banglo tu laaa."
 tapi beringatlah ada orang yang duduk lagi daif tempat tinggal nya
"hmmm, aku dapat 7A je SPM ni, kenapa aku tak pandai macam dorg"
beringatlah, ada lagi orang yang rendah prestasi pelajarannya..

keep saying ALHAMDULILLAH to what we have now,
not sigh why Allah not fair la, not giving what we want..
because, there is something Allah planning and maybe much better than what we want..

wallahu'alam..
semoga bermanfaat ☺

Tuesday, 11 April 2017

RUKUN ISLAM KE - 5

PERKONGSIAN DALAM SATU MAJLIS ILMU


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

Aku ada pergi ke satu majlis ilmu dalam utm ni. Salah satu speaker berkata, antara mencari jodoh (kahwin) dan mencari jalan bertemu Allah (menunaikan haji), mana lagi susah?
Lalu mula la penuntut ilmu terpinga-pinga. Satu analogi keluar daripada mulut speaker tersebut.
Seperti yang kita tahu, persiapan untuk berkahwin mungkin memakan masa yang lama dan wang yang banyak. Ini dapat dibuktikan dari segi wang dengan pakaian, hantaran, jamuan semua tu lah. Ustaz tu kata, mungkin dalam 20k++ (yela, sekarang ni hantaran pun ikut darjat kan?) Sambil buat muka yang kelakar. 😂 manakala dari segi masa, kita tak tahu. Bila masa jodoh kita nak sampai? And siapakah dia? Kita tak tahu. So itu yang dimaksudkan dengan memakan masa yang lama dari segi pencarian siapakah bakal menjadi pasangan kita.. Mungkin, kita bertemu jodoh dengan malaikat maut dulu, hanya Allah yang tahu.

AND dari untuk persiapan melakukan kan ibadah haji, kewangan? Dalam 12k++ pun dah boleh pergi (berdaftar dengan tabung haji) so jika dibandingkan dengan harga persiapan kahwin dan ibadah haji? Mana lagi mahal? Kenapa kita lagi mampu nak kawen dripada menunaikan haji?

Lalu, penuntut ilmu menjawab, kahwin sunnah. Lalu penceramah jawab, haji tu kan rukun islam 😏😏
Ade lagi yang menjawab, haji susah sikit sebab kena tunggu tabung haji panggil. Penceramah jawab, kalau duit dh cukup, daftar je laaa. InsyaAllah dlam beberapa tahun akan dipanggil.

Lalu semua macam hmmmmm.
Ustaz tu jawab, sedangkan pergi menunaikan haji, bertemu dengan Allah pun ade org nak cari alasan. Betapa lemahnya kita.
Lalu ustaz buat klakor, "Alaaa,kalau nak kawen tu teruskan je laaa. Kang ade pulak yang cancel kahwin lepas dengar ceramah ni. "
Lalu semua membuat muka lega dan gelak panjang.
Wallahu'alam.

Thursday, 30 March 2017

BUKIT BATU PUTIH (Port Dickson)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

hai (:
lets I start the story of 2nd bukit yang aku and member intern daki.
(bukit ja mampu, sebab gunung is to difficult for beginner like us)
not us, actually me >_<
tanggal 6 August 2016 (of course Saturday)
yeah, lagi sebulan nak habes kan sisa2 intern di IBS Technology tu...
so cipta la memori baru,
KAMI PI BUKIT YANG JAUH SIKIT


like before,tak sah kalau tak ade drama..
menunggu seseorang yang tak bangun dari tidor..
aku memang dah syak, 
sebab malam before nak pergi tu, dia tido lambat
1st, nak cari tempat kumpul pun payah,
semua nak buat on that day.
alih2 kumpul depan IBS ja. hahaa

2nd, ade la sorang daripada kami.
dia tido mati kot, call tak angkat2.
yang tak boleh belah nya, dah pi umah dia siap..
bagi salam berbelas kali pun. takdak sesiapa jawab.
takkan la satu family kot tido tak bgun2.
just husnuzon, yang family lain tu tgh pi pasar pagi kot.

then, nekad nak tinggalkan, so nak pi amik org terakhir.
konon ja laa, orang terakhir. 
plan memang nak pakai satu kereta dah.
tengah tunggu member 'terakhir' tu kat station LRT,
alih2 muncul si tidoq mati tu call salah sorang daripada kami.
dia nak join, so plan2 nak dekat pkul 10 baru nak bertolak pi.

should be awai la, sebab pi jauh kot. 
luar negeri.
baik punya pasai, tunggu ja laaa dia jumpa kat depan IBS,

seb baik dia ada kreta, so pakai la dua kereta.
then terbahagi lah kami, laki2 and perempuan2 naik kreta berbeza2.
agak lewat jugak nak sampai sana, 
1st sebab area nak ke exit tol tu biasa laa, jammed kan..
2nd, kami rehat kat RNR Seremban dulu.
yela, buat alas perut.

padahal masa tunggu mamat lewat tu, kami dah balun kuih muih dah.
so sampai sana pukul 1 tengahari, 
kau bayangkan.. naik bukit tengahari weiii... 
(-.-)
yeah, nak naik pun ada drama, 
tak perlu lah kot crita.

ABOUT THE ROUTE

so, 1stly...
park la area luar Ilham Resort kat situ, tak payah bayar.
and kau akan nampak pintu entrance tertulis
"HUTAN REKREASI TANJUNG TUAN"

yeah, apa lagi... melangkah la masuk.
eh eh.. sebelum masuk.
kena bayar dulu,
alaaa, RM 1 ja..
jadi panjat la jalan tar sampai nampak rumah api, I guess.
siapa rajin, singgah rumah api..
mostly kalau family datang, depa sampai rumah api ja.
tak masuk la trekking nak pi bukit batu putih tu.

so? macam mana nak masuk laluan ke bukit batu putih tu?
haaa,, seb baik kami ada tgkap gambar lorong tu.
lorong ka? haha.
yeah, sini laaa. sorry menyemak dalam gambar..
time bila nak nampak laluan ni?
haaa, kalau hangpa dah naik sampai nak habes jalan tar tu,
before sampai ke tangga rumah api, 
korang tengok belah kanan hangpa, 
nampak dak lorong ni.
kalau ada, haaa, masuk laaa.. hehee
this below pictures are some of the view,
before we reach at the big batu putih.




okay, nak let uolls know,
jalan dia is not too difficult.
jelas ja, jangan hangpa saja2 lari trek sudah laa..
but cuma ade 2 ke 3 part yang curam 50 - 60 degree ja, 
it's quite licin. actually tak la susah sangat.
kalau tak silap aku,
masa nak pi tak banyak panjat,
banyak turun jaa..
time nak balik tu laa, hang kena struggle skit.
sebab banyak panjat kan.

bila nak sampai ni?
haaaa, before korang nak sampai,
korang akan nampak la...
banyak batu2 putih sepanjang perjalanan korang.
tu hint nak dekat sampai laa.. hahaa.
dah sampai, korang akan nampak view batu putih besar (tak putih sgt)
and ada sign board kecik warna maroon,
tergantung kat pokok
bertulis:
Bukit Batu Putih
Port Dickson
so, panjatlah..
bawah ni view2 before nak panjat, 
serta papan yang berwarna maroon tergantung tuu...

ni la batu korang kena panjat

ni papan tanda maroon bertulis tu
berdasarkan gambar atas, hangpa boleh ja nampak kan?
ade papan tanda maroon tu...

YEAY! Panjat

so, reach at top of that big batu putih,
so korang akan nampak la view2 yang lawa.
seperti di share oleh orang2 yang pernah pergi..
oleh kerana pakai phone cikai and tak reti edit,
also tak tahu nak tangkap gambar (choose the right angle)
so view yang aku boleh shared adalah seperti di bawah:



papan yang menjadi pujaan ramai untuk tangkap gambar.
so, aku pun tak mau terlepas this moment. hahaha..

and what? dua orang member dok ajak kami pi belah tanjung,
dorang discover sendiri.
yeah, so kitorang pi jala..
jauh gak tanjung tu,
aku rasa nak pi tanjung tu yang licin sampai ade kawan terkoyak sluar,
sebab terglincir,

nak pi tanjung, korang just lalu sebelah kiri semasa nampak batu besar yang nak kena panjat tu..
okay? kalau laa nak pi.
ni view2 kat tanjung tu.



nampak macam dekat kan dengan laut, actually tak. tgok la gambar atas yang ade mamat tu.

blog aku kan, mesti la banyak gambar aku..
hahaha..
hmm, TETIBE aku dah mula keliru,
  yang licin dan ade 50-60 degree tu,
nak pi tanjung kot,
bukan pi batu putih.
hangpa kaji la sendiri. aku dah lama pi,
ni baru nak buat post kat blog. (-.-")

so then pulang la ke kereta,
actually, hutan rekreasi tanjung tuan ni dekat ja dengan teluk kemang.
korang nak pi sana pun boleh, 
minum coconut shake ka. 
makan2 kaa.. 
mandi laut pun boleh. 
okay, that's all (^_^)

so next, akan datang story about bukit batu chondong pulak dehh.. 


Monday, 9 January 2017

bulu mata jatuh? (kiri @ kanan)


pernah dengar orang kata :
jatuh bulu mata kanan-ada yang merindui
kalau bulu mata kiri yang jatuh plak,ada 2 versi..ada yang kata ada orang x suka atau kita yang rindu orang..

erm,dahsyat ni..bulu mata jatuh pun ada makna..waLlahua'alam tentang kesahihannya..tapi bukankah indah kalau yang berlaku itu dijadikan sebagai tazkirah..umpamanya.....

jatuh bulu mata kanan

*biasanya orang kata,bila bulu mata yang lentik sebelah kanan ada orang rindu..tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang Allah rindu nak dengar doa kita..rindu nak dengar alunan Quran dari hambaNya yang hina..rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana pasti,jika kita rindu padaNya,rindu kita akan berbalas..

bulu mata kiri macam mana?
*andai kata orang benci,umpamakan sebagai syaitan itu benci kalau kita sentiasa bertafakkur mengingat Tuhan..syaitan banci melihat ibadah semakin bertambah baik..dan mestilah x suka bila umat Islam ni menuntut ilmu bukan?

*memang,sebenarnya kita sentiasa dalam kerinduan..fitrah insan untuk berTuhan..tersirat dalam tersurat akan segala ciptaan..


jadi lepas2 ni,kalau boleh bila bulu mata jatuh,janganlah percaya sangat apa yang diwariskan..bukan apa..syaitan itu licik..nanti mengingatkan hati pada 'dia' yang terlarang..jadikan jatuhnya pinjaman Allah itu sebagai satu tanda untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan Dia..insyaAllah,terasa kesannya..barakaLlahulakum!!

BUKIT SAGA my 1st experience of hiking

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

Hai kawan2..

This entry just a sharing moment
1st experience daki bukit.
It's about Bukit Saga yang aku and member2 Intern dah daki.
ON 30 July 2016 (Saturday)
It's quite shocked because I never daki daki bagai ni..
Nak nak lagi kau intern, routine kau masuk kerja then habes kerja.
Then balik rumah, masak memasak untuk family
 Then lepas solat isyak mostly dah syahid(tidur).
Tak tahu la penat dia lain macam.. 
sebab banyak berfikir woi, everyday kau hadap coding.. like erghhh 

OKAY, COME BACK TO THE STORY
ia bermula bila ade a group of budak intern masuk before sebulan seminggu lagi aku nak end my internship life.
surprisingly, depa ni jenis like to do something yang adventure.
walaupun depa ni bukan la kaki hiking sangat..
but okay apa, we start from beginner,
so tak dak orang nak merungut kalau kita ni asyik nak rehat la, nak duduk la.. 
so, we start making a whatsapp group.. syiok bincang2
kata nya mau tiba before pukul 8am,
and what? aku ni punctual lain macam..
pkul 7.45 dah terpacak kat kaki bukit..
dengan El (Ilyana). 
Pukul 8 kami hidupkan la group wasep tu..
rupa rupanya ada yang tak bangun lagi. like whut?
sokay laa.. so aku and El main selfie2 tangkap gambar.



cantik kan awan pagi itu (^_^)

about 8.30am si fahim sampai..
Kau bayang kan tunggu lagi one car (nur, aida, amalina) daripada ramai orang kat kaki bukit, terus tinggal lagi 4 ke 5 kelompok dah (kira sikit sebab bukit saga ni tumpuan orang daki)

then, pukul 8.50am depa sampai, so kasi chance warming up tak mau.. 
so exactly naik pukul 9am

so masa naik memang tak tahu bape jam, sebab tak dak siapa nak catit.


ABOUT ROUTE

okay
dia ada 2 route, ada orang kata 3. tak tahu laa..
kami mulakan dengan route menapak tangga (route belakang)
memang mencabar, berapa banyak kali berhenti, tapi please jangan berhenti dengan duduk,
sebab kau akan PENAT,
so buat la gaya berdiri tapi macam kau nak duduk (macam tahan tangan kau kat peha)
sebab aku menyesal duduk awal2 then penat dia nak matik. padahal baru permulan, 
checkpoint pertama pun tak jumpa lagi..
hahaha..

then, panjat panjat tangga, then akan ade landai punya jalan before nak sampai cabang sama ada kau nak pi puncak or air terjun.
aku tak ingat mana satu yang jumpa dulu before nak sampai cabang tu
sama ada small Chinese temple or pondok kecil untuk rehat.
bawah ni gambar2 rupa tangga and pondok kecil untuk rehat



okay before sampai cabang, hangpa akan nampak benda seperti di bawah

then dah jumpa cabang,
buat la pilihan, nak pi air terjun or puncak.

tapi, 
Notes: kalau korang lalu lagi satu route yang depan, pendakian korang akan sampai puncak dulu, baru jumpa cabang sama ada nak turun tangga or pi air terjun.


YES, we are to dumb nak sangat pi ayaq terjun, 
RASAKAN la dia punya route yang mencabar + licin (but I love it)
lama jugak nak sampai air terjun, 
beginner macam kami take about 1jam 30mins sebab ade yang nak berhenti,
sokay,

BUT KEPUASAN bila jumpe air terjun, 
nikmat!! walaupun hanya celup2 kaki.
nikmat sebab dua orang member bawak nasik lemak then nugget goreng + roti sosej roll..
siyes PUAS makan.. HAHAHAHA...


okay jalan pulang lalu la route bagaimana anda sampai ke air tejun..
takkan dah lupa kot.. (>_<)

sampai cabang, kami mula buat pilihan sama ada nak pi puncak or turun tangga,
kami pilih untuk pulang.. hahaha..
saat2 pulang, mula la ade yang krem banyak kali berhenti.
(tu la, aku suruh warming up tak mau)
sokay, kita datang sama2 pulang pun sama2.


APA APA PUN, KORANG THE BEST?!
Walaupun untuk permulaan.

so next plan pi Bukit Batu putih..



AKU NAK JUGAK NAIK ROUTE
BELAH DEPAN
NAK TENGOK VIEW KAT PUNCAK
INSYAALLAH THIS YEAR



Saturday, 7 January 2017

ia DATANG TANPA DIUNDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kadang kadang, ia menjengah masuk tanpa memberi salam dan mengetuk. 
Bila kita sedar, ia sudah menetap di dalam ruang kita. 
Kita tertanya tanya, apa makna kehadirannya?
Jika kita terimanya dengan beranggapan bahawa "semua orang dah ada. Aku bila lagi?"
Mungkin kau salah, 

atau mungkin juga kau terimanya kerana nafsu? Hmmm. 


يَادَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ 
…maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..” (QS. Al Shaad 26)

berfikir sejenak? adakah ia nafsu? hmmmm...

Dalam Al Qur’an terdapat satu penerangan: 
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan”. (QS. Yusuf 54)
cinta kerana nafsu atau cinta benar tulus?.. kedua2nya itu berbeza. 
kenapa kita perlu mengikut perkara yang salah sedangkan Allah buka jalan lain yang boleh mencegah kita daripada terjatuh ke arah kemungkaran?
kenapa kita masih lakukan perkara yang dilarang sedangkan kita telah di didik dia zaman persekolahan tentang agama Islam.. Ini mungkin kerana iman kita yang tidak kuat..
Sering mempersoalkan "kenapa ITU INI?" tapi tidak mencari bagaimana untuk menyelesaikannya..


HADIRKANLAH diri anda ke majlis ilmu.. 
tuntutlah ILMU Allah yang serba luas ini..
Sebelum melakukan sesuatu mengikut nafsu, ingat semula ADAKAH AKU DI JALAN YANG BENAR?