Sunday 17 February 2019

Bukit Tabur East

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Hai Semua Pembaca
so bulan 2 ni nak update pasal bulan 12 2018 punya hiking.
Kemanakah kita?
ke BUKIT TABUR EAST?!
Dekat melawati je kali ni.
tak pergi luar negeri pun.

Actually, Tabur ni kami dah naik masa bulan 11.
tapi oleh kerana tak sampai ke puncak betul
(sebab tak jumpa papan tanda kuning tu)
kami pergi lagi pada bulan 12 bersama Aida.
nak tahu aida tu siapa?
senang cerita, dia tu kawan intern aku laa.. gittuhh

perjalanan ke kaki bukit tabur east ni senang je.
Search je kat map or waze,
Bukit Tabur East Trailhead.
then, bermula la perjalanan menuju ke puncak Tabur.

pertama nya, nak pastikan anda berada di jalan yang benar,
(1) anda kena melalui batang paip air yang besar 
(2) sampai nampak jaring2 kecil selepas paip tu, situ la tempat naik
(3) kalau anda bertuah, haritu ade seorang pakcik yang naik before korang, dia akan letak gambar kertas kura2 di setiap perjalanan sampai la ke puncak.
gambaran ke 3 3 ayat di atas boleh rujuk gambar di bawah.




maka bermulalah pendakian kitorang.
naik tabur ni kena banyak menggunakan kekuatan tangan ye.
sebab batu2 dia besar besar kena panjat.
tali jugak di sediakan, 
tapi kadang2 rasa tak function pulak.
sebab lagi suka ala ala rock climbing gittuhh 😆

atas ni banyak sangat view2 yang cantik.
oleh kerana aida beli nasi lemak kat rumah dia,
jadi kami pekena dulu nasi lemak di satu tempat yang rata dan luas,
bawah2 ini adalah view tempat tersebut.




then berjalan dalam 5 - 7 mins dari port makan nasi lemak ni,
kami terjumpa satu port ala ala macam kat mossy forest. 
bawah ni adalah gambar tempat tuu..




next, 2nd port yang memang lawa kalau ambil gambar.
bak kata rina, macam manggis punya atas tu view ni.
korang nampak tak?






seterusnya, adalah gambar di kaki puncak.
ade jugak view lawa.






maka bermulah kekuatan mental dan fizikal nak naik puncak.
ade salah sorang hampir putus asa.
macam tak mau naik.
sebab tengok2 orang yang turun semua macam susah je.
tapi dengan sokongan dan dorongan yang lain,
dia panjat jugak.
masa kami nak naik ke puncak, memang ramai giler tengah turun.
kami tunggu ya ampun lama nya.....
tapi tu la, kena bersabor..
seronok tengok kerenah2 orang turun,
macam2 gaya...

gambar di bawah ni adalah gambar di puncak..
Enjoyyyy?!

ni la kena naik nak sampai puncak








geng intern






hasil rock climbing semua.

-the end-