Sunday 2 December 2018

Hari Malaysia program 16 Sept 2018

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Hai Hello Pembaca semua.
Harini nak share masa yang di isi ketika hari Malaysia baru2 ni.
Plan nya nak hiking di bukit kat nogori ekau..
jauh ke?
bagi aku, kalau perjalanan memakan masa kurang daripada 3 jam.
masih dikira dekat laa..

okay,
kali ni aku pergi 5 orang.
penuh satu kereta yeee..
semangat berkobar kobar sebab dah lama tak hiking luar negeri kl.

Plan nya,
nak hiking bukit batu sawa.
nak pi sebab situ boleh nampak awan carpet kalau pi awal2.
sampai area sana,
cari punya cari entrance nak naik.
tak jumpa2..
hampir 2 jam jugak la duduk dalam kereta cari entrance je.
ke hulur hilir,
tanya juga orang kampung..
dia kata selalunya ade org kg yang guide.
sebab entrance dia kena masuk rumah orang..
hmmm.. xtau laaa...

then tetibe, ade next plan.
nak pergi gunung angsi laa...
sebab situ memang entrance dia jelas sebab kena bayar dulu before nak naik.
sampai punya sampai,
tanya kaunter.
orang tu kata,
"tak boleh naik dah ni. sebab ade event besar. ramai sangat dah org naik sana"
**pulang rumah aku check, mmg ade event besar.
macam marathon naik gunung. Perghhhhh...
jadi pakcik jaga kaunter suggest kan.
naik bukit senaling. dekat je ngan gunung angsi.
terus dengan pantas kami masuk kereta dan search.
tapi dalam perjalanan lapar pulak.
sebab dah tengah hari.
so kami singgah kfc jee..
kebuluran giler time ni.
lepas makan terus sambung perjalanan ke bukit senaling.

okay,
perjalanan nak ke bukit senaling.
bila dah sampai dekat petronas senaling,
itu tanda2 lagi dalam 2km nak sampai laluan masuk ke bukit.
senang je nak cari, sebab dia punya laluan masuk tu, ade banner ke papan tah.
tulis bukit senaling.

sesudah sampai tempat parking kereta.
turun la hujan lebat la jugak.
lalu ade seorang pakcik yang tinggal kat kaki bukit tu bagi kami berteduh.
tunggu punya tunggu hujan renyai2 tak berhenti pulak..
jadi kami amik langkah untuk naik je laaa.
yela, takkan datang jauh2 dari kl,
amik pengalaman duduk dalam kereta je kan?
tak naik bukit 😂
kami kena bayar rm10 je sebab dah petang
dalam pukul 1lebih kot 
kalau naik pagi, range dia dalam rm15-20

maka, bermula lah pendakian dengan hujan renyai2.
pakcik tu suruh hati2.
sebab kawasan sawit,
tanah dia pun licin jugak laaa...
naik punya naik, eh eh..
ternampak kura2 laaa..

haaa.. nak bagitau,
insya Allah korang takkan sesat sepanjang jalan nak ke puncak.
walaupun jalan bercabang cabang.
kerana, setiap cabang disediakan papan yang ada anak panah.
cth seperti di atas.
papan yang dengan kura2 tuuu.🐢

okay, itu sahaja kot nak cerita.
so di bawah ini disertakan gambar sepanjang pendakian dan di puncak.
ENJOYYYY?!!











3.5km perjalanan nak ke puncak
dan akhirnyaaaaa...
💪😄














di sini sertakan sedikit video di puncak






-the end-

Monday 10 September 2018

Bukit Batu Chondong 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Today, nak share tentang aku mendaki sekali lagi
setelah hampir 2 tahun aku stop hiking.
ehh.. tak la stop langsung.
kan ada aku pergi trekking tahun lepas kat tasik biru.
kira tak la berhenti sepenuh nya laaaaa 😆.

okay, plan bermula dengan aku jeles si fahim ni,
 dia pi hiking dengan kawan2 tempat kerja dia.
and aku tak join sebab..... 
yelaa, malu... 
kawan2 dia ramai, aku je sorang2 xdak member yang aku kenal nak ikut sekali.
so then, aku ajak la pegi bbc je,
sebab as permulaan, bbc dengan ketinggian yang rendah,
boleh la untuk aku start kembali projek2 mendaki ni.

aku kata kat fahim, 
ajak je la siapa siapa,
then yang aku tak sangka,
dia ajak semua budak utm yang stay area selangor join.
yess, memang aku tak kisah..
tapi, seperti peribahasa yang pernah kita belajar dulu2.
Ramai Orang Banyak Ragam..

YESSSS?!
memang banyak ragam nya..
first first, mesti la time management punya hal.
dalam tentatif katanya...
kumpul area zoo negara at 8.00am centu..
nak breakfast bagai..
tapi.. last kereta yang sampai.
pukul 8.45am +-
yela, kita faham. ada yang datang dari jauh..
takpa la kan..
then nak breakfast lagi..
dalam tentatif kat starting point pukul 8.30am.
and kami sampai kat starting point pukul 9.30am.
oleh kerana dah terlalu lambat.
maka dakilah tanpa warming up..
this will effect muscle on the next day.

panjang kan intro dia?
biasa laa.. kalau xdak drama,
it should be aku just letak gambar2 je daripada ayat2 kan?

okay, kali ni mendaki bbc ni, penat nya lain macam..
rasa pening,
and aku berhenti banyak kali.. why?

and when reach at the peak, baru aku ingat.
apa yang berubah tentang trek dia..
dulu trek dia,
kau takkan nampak macam naik tangga tauu..
but now, 
kau nampak tanah2 tu dah jadi rupa tangga,
sebab ramai dah orang naik bbc semenjak bukit tabur tutup.
aku ni memang lemah kalau nampak tangga,
cth aku pi bohey dulang and bukit saga.
berkali2 berhenti 😅😅

then, 2nd perubahan, is dia dah ada papan besar.
yang tulis Bukit Batu Chondong.
2 tahun lepas pakai papan kecik besar A4 je nak tangkap gambar.
sekarang, boleh acah2 sikit naik bukit 
and bagitau " aku dah sampai puncak "
cewwwahhhhh 😂

okay, 3rd perubahan is dia punya tempat nak panjat
yang 90 degree tuu..
before nak reach at the peak.
dulu ada satu jaa.. now ade dua tempat.
bagus jugak.
elak jammed kat satu tempat jeee..
sebab nak sampai peak WAJIB pass dulu yang 90 degree seperti rock climbing tu.

dah pass all the obstacles,
nikmatilah pemandangan2 dia puncak..
Enjoyyy....




















-Girls only-




okay,
itu sahaja..
thanks for reading
😁

Thursday 9 August 2018

Memilih Sahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kata Imam Ghazali:
Ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."
Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,makasebolihnya engkau lihat lima sifat yg ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kpd Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah pertangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia.
Dengan memilih sahabat yang baikmudah2an kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!
5. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kpd dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kdp dunia.
(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah)


Wednesday 1 August 2018

Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Bertemu lagi kita dalam aksi2 memanjat mendaki bersama atiqah.😆
okay, seperti biasa, aktiviti jalan2 tempat adventure aku ni takkan lengkap kalau tiada kawan intern aku, Fahim and Aida. Sebab dorang je yang boleh melayan kehendak aku nak pi tempat2 macam ni..
Oleh kerana Aida datang Johor semata2 nak jumpa aku and fahim, 
so, aku and fahim plan la event2 yang kami kena spend dengan aida supaya dia rasa berbaloi datang Johor.

so, One of the event is pi Tasik Biru ni laa..
tapi kali ni ramai join. kawan2 si fahim semua habis dia angkut join sekali.

First of all,
dimana lokasi Tasik Biru ni?
dekat kangkar pulai je..
berdekatan dengan UTM JB.
nak bagitau lokasi nak pi sana pun tak tahu macam mana,
sebab follow orang.. 
and, before korang nak sampai sana,
korang akan lalu tanah tanah merah.
ke tahan oren ek? (ade ke?) 😂

pendakian bermula.
pendakian nak kata mencabar, tak la sangat..
okay2 jee.. tempat2 yang susah dan licin. 
sudah tersedia tali untuk korang paut...

daki2 sampai puncak kau akan nampak dah view tasik tu dari puncak.. 
subhanallah, siyes lawa..
and kami pun stop kat situ..
tangkap gambar 








so then, lepas tangkap gambar semua.
kami teruskan perjalanan turun puncak tu untuk lebih mendekati tasik biru tuu..
tapi, 3 ke 4 orang daripada kami tak join.. 
sebab dorang pakai seliper je wei.. 😓
tapi ade je yg pakai selipar join jugak.
so ni mesti depa salah faham sebab ingat pi tasik just likeee..
"TASIK jee 😶"
so 3 ke 4 org tu, dorang tunggu ja kat puncak..

jalan2 turun..
sampai lah ke tasik biru dengan lebih dekat..
tapi tak la dekat mana..
still jauh jugak..
before nak sampai tu, 
kena lalu tanah merah yang macam tinggi.
so siapa2 yang tak reti tu.
mengelogsor jaa..
so, bawah2 ini adalah gambar nyaaa
ENJOYYYY?!!









okay..
itu sahaja,
-the end-


Saturday 28 July 2018

Cinta itu.. 💗

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Cinta itu..  💗
Seperti janji matahari setiap hari menyinari bumi..
Cinta itu.. 💗
Seperti janji hidupnya tumbuh-tumbuhan setiap hari untuk mengindahkan muka bumi..
Cinta itu.. 💗
Seperti janji seorang ibu bapa kepada anak anaknya untuk membesarkan mereka sebaiknya..
Cinta itu,  💗
Janji seorang hamba kepada TuhanNya untuk sentiasa dekat, ingat dan beribadah kepadaNya.

Cinta itu milik yang Maha Sempurna... Tanpa rahmat dan kasihNya, dunia ini hidup dalam huru hara.
Cinta menyatukan 2 hati,
Manusia? Haiwan? Tumbuhan?.
Tanpa cinta dan kasih sayang, tiada lah belas kasihan.