Saturday 2 March 2019

Bukit Batu Putih 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Hai hai pembaca semua.
so, bulan Mac ni.
sis nak update pasal hiking di Bukit Batu Putih(bbp) 
yang sis pergi pada bulan Januari.
Pembuka hiking untuk Tahun 2019 😃.
kali ni trip bersama geng hiking weekend aku.
fahim and rina.
sebenarnya BBP ni dah 2 kali tunda nak pi.
sebab ada la macam2 halangan.

on that week yang nak pergi ni pun,
aku tak berapa sihat.
and kesian la dorang whatsapp aku tak balas2.
yelaaa, aku nak tunggu hari jumaat baru nak bagitau boleh go ke tak.
tapi kesian punya pasal, 
and tak mahu menjadi spoiler ke 3,
aku gagahkan jugak laaa..
balas kat whatsaap group kata jadi je pi..

Maka bermulalah perjalanan kami ke BBP pada 12 Jan 2019 .
BBP ni seronok pergi,
sebab view bukit dia lawaaa..
nampak laut..
aku suka biru2 nii 😍

seperti biasa,
dah sampai entrance,
kena bayar rm 1 ye.
tapi kali ini,
aku and fahim decide nak lalu laluan lain daripada yang kami pernah lalu before this.
sebab baca2 kat blog orang lain,
depa kata ada banyak laluan nak ke puncak tuuu..

so laluan yang kami pilih ni advance laa..
dia tak landai laluan nya 
macam kat yang tempat masuk dulu2 tu.
tapi yang best nya laluan ni,
before nak naik puncak,
kau akan lalu dulu tepi pantai..
cantik sangat 😍
so seperti biasa,
aku and rina takkan melepaskan moment2 yang best macam tu.
adalah nak dekat 15mins jugak duduk tangkap gambar tepi laut jaa..
macam dah lupa,
padahal belum sampai puncak lagi 😅
bawah ni aku sertakan gambar2 tepi laut tuu..









yang ni laluan nak bermulanya mencanak je dia punya perjalanan

ohhhh yaaaa,,,
masa kami sampai kat entrance ni BBP ni.
si fahim ni excited nak panjat sebab dia nampak insta story 'kawan' dia pun tengah ade kat puncak.
so dia punya lah suruh kami cepat2 supaya tiba puncak,
dia sempat la jumpa 'kawan' dia tuuuu... 😏

okay, jalan nak ke puncak jelas..
so korang tak payah la risau..
and ramai je orang naik turun guna laluan tu..

dannnnnnn.....
setibanya kami di kaki puncak,
ya ampun,
ramai giler orang tengah beratur nak naik ikut satu laluan tu..
padahal ada je laluan lagi satu untuk naik.
inilah salah satu faktornya,
kenapa satu laluan nak naik puncak tu jammed 
😶

so, kami naik la ikut laluan lagi satu..
sampai di puncak..
fahim memulakan langkah untuk menegur 'kawan' nya itu..
dan akhirnya mereka bertegu sapa antara satu sama lain..
tahniah fahim,
akhirnya kawan yang kau tegur2 di laman sosial,
kau mampu tegur di alam nyata.. 😂


okay done la story untuk si fahim ni,,
blog aku kot.. 😒
oleh kerana mood si fahim happy.
dia merelakan je tangkap gambar2 aku and rina.
tanpa merungut..
😁

okay, di bawah ini adalah gambar2 di puncak bukit..
ENJOYYY?!











namun, nurul arina sedih. 😔
kerana papan tanda di puncak tu tiada..

ehh, belum habis lagiii..
kami teruskan perjalanan ke
Tanjung..
tempat yang dulu2 aku and geng intern pernah pi..
bawah ni gambar gambar nyaa..












okay,
itu sahaja..
-the end-


No comments:

Post a Comment