Thursday 9 August 2018

Memilih Sahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kata Imam Ghazali:
Ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."
Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,makasebolihnya engkau lihat lima sifat yg ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kpd Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah pertangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia.
Dengan memilih sahabat yang baikmudah2an kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!
5. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kpd dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kdp dunia.
(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah)


No comments:

Post a Comment