Assalamu'alaikum
w.b.t
Indahnya
ISLAM yang sedia ada. Cuma kadang-kadang ia tercemar dengan sikap dan adab
umat yang menganut agama itu. Dan membawa pandangan yang kurang baik terhadap
penganut agama lain. Sebelum kita pergi kepada keindahan yang ada dalam islam.
Ayuh kita kenal dahulu serba sedikit “apa itu islam”.
APA ITU ISLAM?
Islam? Apa yang kita tahu
tentang islam? Islam itu agama? Kita lahir dalam islam? Seumur hidup kita sudah
memeluk agama islam, namun apabila kita ditanya definisi islam itu sendiri
mungkin kita akan menjawab: “Islam itu agama”.
Mungkin
jawapan itu boleh diterima jika kita jawab kepada kawan-kawan sekepala kita.
Namun, jika ada rakan daripada agama lain bertanyakan hal ini. Adakah jawapan
itu sesuai? Jadi, mari kita kenal dahulu Islam itu sendiri supaya lebih mudah
untuk kita sebarkan keindahan yang ada dalam islam. Islam adalah sebagai Ad-Din
yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya
aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani,
agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah
agama yang mengimani satu Tuhan iaitu Allah SWT. Islam juga memiliki erti
“penyerahan”, atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah semata. Pengikut dan
pengamal ajaran Islam dalam kehidupan seharian digelar Muslim yang membawa erti
“seorang yang tunduk kepada Allah”. Dalam hadis riwayat Muslim ada menerangkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Islam itu ialah mengakui tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah (mengucap dua kalimah
syahadah), kemudian mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan
Ramadan, serta menunaikan ibadah haji bagi yang mampu. Seperti kita belajar di
buku Pafa masa sekolah dulu. Tak kan dah lupa kot.
Jelas
bukan tentang Islam? Sudah mengerti makna Islam, barulah kita boleh pergi ke
stage yang seterusnya iaitu untuk mengetahui keindahan islam.
BELAJAR DAN MENGAJAR KEINDAHAN ISLAM
Sebagai manusia di muka bumi ini,
kita takkan pernah lari daripada proses belajar dan mengajar. Sesungguhnya
seseorang itu lahir tidak dilahirkan terus ada ilmu. Ilmu hanya boleh dapat
dengan cara BELAJAR. Jadi, JOM kita belajar keindahan yang tersimpan dalam
agama sanjungan kita. Jika ingin dihuraikan satu persatu keindahan islam itu,
pasti tidak ternilai. Kerana semua itu kurniaan Allah SWT. Namun di sini, akan
dihuraikan serba sedikit keindahan islam yang berkait rapat dengan diri kita
sendiri:
1. Mudahnya mendapat pahala
Pahala
itu adalah ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang melakukan
kebaikan. Di sini akan dikongsikan serba sedikit pahala yang mudah kita peroleh
dengan mudah.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” – (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah”. (Riwayat Abu Daud).
Hanya
dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Betapa
Pemurahnya Allah kepada kita. Selain itu, Allah mengurniakan pahala kepada
hambaNya yang memasang niat untuk melakukan kebaikan.
Dari
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“ALLAH Azza wa Jalla berfirman: Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya. Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama. Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya, maka tulislah untuknya satu kebaikan. Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.” (HR Muttafaq ‘Alaih)
SEE?
Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun Allah membari
ganjaran pahala, apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan maka berganda-ganda
pahala akan diberikan. Di dalam islam ni, mudah sangat kita untuk mendapat
pahala. Namun, kenapa masih ramai yang memilih untuk tidak mengejarnya. Mengapa
jalan melakukan dosa itu lebih susah dan ranjau tetapi ramai yang masih ingin
mendapatkannya? Semua pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang akan
membuatkan kita senang, bahagia dunia dan akhirat.
semua nya di tangan kita...
2. Hubungan dalam islam
Islam
ini tidak terhad. Tak semestinya kita hanya boleh mempunyai ikatan persaudaraan
sesama islam sahaja, kita boleh menjalinkan hubungan dengan rakan daripada
agama lain. Selagi mana kita dapat memberi contoh kepada mereka dan ingin
menyebarkan keindahan agama kita, teruskan. Okay, sekarang ni fokus kepada
keindahan apa yang ada di dalam hubungan sesama manusia ni? Lebih mudah untuk
memanggil hubungan ini adalah, Ukhwahfillah. Ia membawa makna persaudaraan
kerana Allah. Apabila kita jalinkan persaudaraan antara manusia, kita akan
mendapati satu aura yang benar-benar lain jika hubungan itu benar-benar niatnya
kerana Allah SWT. Tanpa kita sedar, bila berjauhan dengan sahabat kita, kita
rasa rindu. Bila tiada, kita mendoakannya selalu. YES?! Itulah ikatan
persaudaraan yang banyak mengajar kita tentang indahnya islam jika kita tidak
salah memlilih sahabat. Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:
“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah bersangka baik terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”
jika
kita sungguh Cintakan persahabatan kita itu, pasti kita tidak akan cemari
ikatan yang telah terjalin itu dengan perkara yang remeh. Sahabat yang baik
akan sentiasa menegur jika kita berbuat salah, menasihati jika kita di dalam
masalah dan bersama-sama ingin memimpin kita masuk ke syurga. Sejatinya, ukhuwah inilah yang
menjadi salah satu rahsia keindahan umat Islam.
Orang-orang beriman itu sesungguhnya
bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu
itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Al Hujurat: 10)
(Al Hujurat: 10)
Hablu Minallah, Hablu Minannas
(Hubungan dengan Allah, Hubungan dengan manusia). JOM Sama-sama usaha dan
berazam untuk jaga kedua-duanya.
3. Islam bukan Anti-Fesyen
Bila cerita hal Fesyen, memang ada perkaitan dengan perempuan. Tetapi kaum adam tidak
terkecuali. Cuma kupasan ini diberatkan kepada kaum hawa. Mesti sebagai seorang
wanita, perempuan, muslimat terfikir kenapa Islam itu melarang kita nak pakai
itu ini. Sebenarnya, islam bukan larang kita berfesyen pun. Tak, sikit pun tak.
Cuma Islam anti dengan pendedahan aurat dalam berfesyen. Zaman sekarang ni
memang banyak pakaian yang agak kurang sopan di jual hampir di semua mall ada.
Yang pakaian nak menutup aurat tu susah nak jumpa. Eh ehh, Sapa kata ha?
Sekarang ni banyak je baju-baju muslimah jual di pasaraya, baju jubah ala-ala
princess pun banyak. Cuma ikut kemahuan kita ja, nak or tak nak je kan? Sebenarnya,
segala larangan yang Allah sudah tetapkan tu, ada hikmah okay? Ia sebenarnya
untuk menjaga maruah diri kita agar terlindung dari perkara yang tidak baik. Nampak
tak? Allah angkat martabat kita sebagai seorang perempuan
Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan
identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut
dengan tampil yakin menutup aurat. Tak susah pun nak menutup aurat. Pastikan sebelum keluar rumah, Tanya pada diri: “Adakah pakaian yang pakai ini boleh
dibawa terus untuk solat?” simple bukan? Jaga maruah anda, Allah akan jaga
kita.
moga dengan berpakaian
menutup aurat ini akan memaparkan keindahan islam itu sendiri bukan pada diri
kita sahaja, mungkin juga pada kaum agama lain dan dapat menarik mereka
berjinak dengan agama kita yang indah ini.
Islam itu benar benar indah apabila seseorang itu
mempelajari dan menghayati serta mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh.
Penuhilah hari-hari yang anda lalui dengan belajar memahami dan sebarkan
keindahan di dalam islam. Teruskan mencari keindahan yang tersirat dalam agama
kita, agar kita bisa mengajarnya kepada yang lain. Semoga penulisan ini akan
memberi sedikit sebanyak gambaran tentang ISLAM ITU INDAH. Yang baik itu datang
dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri saya yang kurang ilmu ini.
Tegur jika salah, moga saya dapat perbaiki segala kesalahan. Wallahu’alam~
No comments:
Post a Comment