Saturday 3 May 2014

KASIH, SAYANG, CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian


haiwan mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anaknya.. haiwan juga mempunyai perasaan cinta terhadap yang sejenis dengannya (untuk pembiakkan) dan cinta mereka mengikut nafsu.
suami isteri, mempunyai perasaan kasih, sayang cinta terhadap pasangan dan keluarga supaya lahirnya keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.
Kasih, sayang, CINTA seorang ibu terhadap kita lagi luar biasa. Dia sanggup berkorban apa sahaja bagi melahirkan seorang anak yang suatu hari nanti bakal memberikan kebahagiaan kepada anaknya. Jadi, sebagai seorang perempuan, jika masih belum berkahwin.. Hargailah pengorbanan ibumu. dan lelaki, sebelum dan selepas kahwin, IBUmu tetap jadi No 1 tau selepas Allah dan Rasulullah. Jangan pernah menderhakainya kerana kau sudah punya Cinta kedua (isteri)
Akhir sekali, CINTA, KASIH dan SAYANG Allah SWT terhadap hambaNya.. Kasih sayang Allah tiada tandingannya.. Cuma kita yang kadang2 lupa akan Dia. Perbanyakkan singgah ke rumah Allah. Jangan bila nak nikah je, baru cari rumah Allah. Setiap yang dilakukan di dunia ini, jika tanpa keberkatan Allah.. sia-sialah. Kejar Rahmat Allah.. dengan mencintai Allah, orang sekeliling akan mencintai anda..
wallahu'alam~

**satu gambar, empat pecahan, siapa nampak?**
sebarkan kasih sayang~
(macam karangan)

No comments:

Post a Comment