Friday 21 June 2013

KUCING ( کوچيڠ )


saya akui ramai manusia di muka bumi ini memiliki ataupun membela haiwan mamalia ini di rumah bukan?

Kerana aksi lincahnya, kecomelannya, kelucuannya dan jinak membuatkan lagi ramai yang membelanya berbanding haiwan yang lain...
kucing ini selalunya kita bela dan anggapnya sebagai kawan..
benar bukan?
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam bermacam warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. 


KAJIAN TENTANG KUCING


Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Mengapa kucing tidak suka bila kena air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman jarang ada pada tubuh kucing.


 KUCING DAN ISLAM

Hukum Haiwan Dalam Islam

Haiwan yang Suci, semua haiwan yang dihukumkan suci semasa hidupnya kecuali haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.
Haiwan Yang najis seperti Babi, Anjing atau haiwan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh seperti ular, gagak, tikus, anjing gila, burung hering dan cicak.


Kucing adalah makhluk Allah yang sangat akrab dengan kehidupan manusia yang berpewatakan manja.

Berbuat ihsan kepada haiwan peliharaan satu tindakan terpuji. Hukum ini berubah menjadi wajib apabila haiwan tersebut dikurung sehingga tidak dapat mencari maknan sendiri. Pada saat itu, pemiliknya mesti menyediakan semua keperluannya seperti makanan, minuman dan lain-lain.
Berkata Ibn al-Haitami dalam Fatawa: “Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”

 Namun begitu, hendaklah perbelanjaan untuk haiwan ini dalam had yang berpada. Jangan terlalu berlebih dengan mencari makanan yang mahal, membuatkan sangkar yang mewah dan sebagainya. Perbuatan berlebihan seperti ini dikhuatiri termasuk dalam pembaziran yang terlarang. Apalagi jika dalam masa yang sama ada anggota keluarga atau jiran tetangga yang lebih memerlukan bantuan kita.

Berbuat ihsan dan bersedekah kepada haiwan memang terpuji. Namun berbuat ihsan dan bersedekah kepada manusia yang lebih memerlukan adalah lebih terpuji.




Wallahu a’lam




Nabi juga ada kucing bernama Mueeza
mahukan cerita? klik di sini -------->  Mueeza

No comments:

Post a Comment