Showing posts with label selfreflections. Show all posts
Showing posts with label selfreflections. Show all posts

Thursday, 9 August 2018

Memilih Sahabat


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kata Imam Ghazali:
Ketika memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."
Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,makasebolihnya engkau lihat lima sifat yg ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dirinya dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Hindarkan bersahabat dengan orang yang fasik yang kerap mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut kpd Allah itu tidak sesal dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akhirnya akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang selalu berbohong,barangkali dia akan menipu engkau. Berdusta atau berbohong adalah pertangi keji yang dicela agama dan tidak disukai oleh semua manusia.
Dengan memilih sahabat yang baikmudah2an kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa mencegahnya. Mendengar orang mengumpat tanpa kita cegah pun sudah suatu dosa kpd kita.!
5. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak kpd dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi jiwa dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia dibimbangi kamu pula akan turut tamak kdp dunia.
(Ringkasan dari kitab Ihya & Bidayatul Hidayah)


Saturday, 28 July 2018

Cinta itu.. 💗

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Cinta itu..  💗
Seperti janji matahari setiap hari menyinari bumi..
Cinta itu.. 💗
Seperti janji hidupnya tumbuh-tumbuhan setiap hari untuk mengindahkan muka bumi..
Cinta itu.. 💗
Seperti janji seorang ibu bapa kepada anak anaknya untuk membesarkan mereka sebaiknya..
Cinta itu,  💗
Janji seorang hamba kepada TuhanNya untuk sentiasa dekat, ingat dan beribadah kepadaNya.

Cinta itu milik yang Maha Sempurna... Tanpa rahmat dan kasihNya, dunia ini hidup dalam huru hara.
Cinta menyatukan 2 hati,
Manusia? Haiwan? Tumbuhan?.
Tanpa cinta dan kasih sayang, tiada lah belas kasihan.

Friday, 9 June 2017

BELAJAR UNTUK BERSYUKUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~


ALHAMDULILLAH, aku masih diberikan kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkataan ini. 
hari ini, ramadhan ke-14, dah dua minggu dah kita semua berpuasa.
alhamdulillah, moga kita akan terus istiqamah untuk beribadah bukan hanya dalam bulan ramadhan sahaja, di luar bulan ni pun kita kena banyak ibadah tauu...
sebab dunia ini hanya sementara.
ia tempat kita membaja dan menuai pahala, 
yang akan dihitung dan ditimbang di akhirat kelak.

PANJANG PULAK INTRO,
balik kepada topik kita,
BELAJAR UNTUK BERSYUKUR.

yaaaa,
Manusia,
Makhluk yang diciptakan Allah ini,
penuh dengan keinginan,
ingin berjaya di dunia,
sehingga mereka lupa untuk bersyukur.

Aku juga tak terlepas untuk melalui fasa ini, 
yeeee, aku manusia, keinginan itu banyak.
apatah lagi menjadi seorang pelajar.
(buat masa ini, hanya seorang pelajar)

banyak situasi yang aku hadapi dan lihat sepanjang manjadi seorang student ini,

ada yang dapat markah tinggi 
tapi kata "teruknya markah"

ada yang dapat gred B
tapi kata "wey teruk la gred aku"

dan banyak lagi la...
kenapa ini semua berlaku?
kerana mereka meletakkan expectation yang terlalu tinggi,
dan bila dapat sesuatu itu tidak sama seperti yang mereka harapkan,
mula lah untuk mengeluh..
bukan bersyukur.

MEREKA LUPA,
ada lagi orang yang lebih serba kekurangan daripada mereka.
ya, aku mula rasa semua ini bila aku mendapat ilmu dari kuliah tafaquf
itu adalah tujuan aku nakk tulis post ni,
supaya kita ini menjadi Hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
bukannya Allah tidak mahu kurniakan direct setimpal dengan usaha kita,
cuma Allah mahu lihat kita lebih ingat kepada dia,
in term of SYUKUR, 
mengucapkan Alhamdulillah.

di bawah ini adalah input yang aku salin dan sesuai dengan topik kali ini,
untuk dikongsikan dengan pembaca semua...

sesiapa yang mempunyai 2 sifat ini, Allah akan kurniakan dia dalam kalangan orang yang sabar dan bersyukur,
siapakah mereka itu??? 
1)  orang yang memerhatikan orang yang lebih tinggi daripadanya
dalam urusan berkaitan agama  dan berusaha mengikutinya
2) orang yang memerhatikan orang yang lebih rendah daripadanya
dalam urusan dunia agar dia bersyukur bukan dimaki or hina org itu
so, konklusinya,
jika ingin menjadi orang yang bersyukur di dunia ini,
lihatlah mereka yang dibawah kita, sebagai contoh:
"alaa, ta best la umah teres ni...aku nak umah banglo tu laaa."
 tapi beringatlah ada orang yang duduk lagi daif tempat tinggal nya
"hmmm, aku dapat 7A je SPM ni, kenapa aku tak pandai macam dorg"
beringatlah, ada lagi orang yang rendah prestasi pelajarannya..

keep saying ALHAMDULILLAH to what we have now,
not sigh why Allah not fair la, not giving what we want..
because, there is something Allah planning and maybe much better than what we want..

wallahu'alam..
semoga bermanfaat ☺

Tuesday, 11 April 2017

RUKUN ISLAM KE - 5

PERKONGSIAN DALAM SATU MAJLIS ILMU


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

Aku ada pergi ke satu majlis ilmu dalam utm ni. Salah satu speaker berkata, antara mencari jodoh (kahwin) dan mencari jalan bertemu Allah (menunaikan haji), mana lagi susah?
Lalu mula la penuntut ilmu terpinga-pinga. Satu analogi keluar daripada mulut speaker tersebut.
Seperti yang kita tahu, persiapan untuk berkahwin mungkin memakan masa yang lama dan wang yang banyak. Ini dapat dibuktikan dari segi wang dengan pakaian, hantaran, jamuan semua tu lah. Ustaz tu kata, mungkin dalam 20k++ (yela, sekarang ni hantaran pun ikut darjat kan?) Sambil buat muka yang kelakar. 😂 manakala dari segi masa, kita tak tahu. Bila masa jodoh kita nak sampai? And siapakah dia? Kita tak tahu. So itu yang dimaksudkan dengan memakan masa yang lama dari segi pencarian siapakah bakal menjadi pasangan kita.. Mungkin, kita bertemu jodoh dengan malaikat maut dulu, hanya Allah yang tahu.

AND dari untuk persiapan melakukan kan ibadah haji, kewangan? Dalam 12k++ pun dah boleh pergi (berdaftar dengan tabung haji) so jika dibandingkan dengan harga persiapan kahwin dan ibadah haji? Mana lagi mahal? Kenapa kita lagi mampu nak kawen dripada menunaikan haji?

Lalu, penuntut ilmu menjawab, kahwin sunnah. Lalu penceramah jawab, haji tu kan rukun islam 😏😏
Ade lagi yang menjawab, haji susah sikit sebab kena tunggu tabung haji panggil. Penceramah jawab, kalau duit dh cukup, daftar je laaa. InsyaAllah dlam beberapa tahun akan dipanggil.

Lalu semua macam hmmmmm.
Ustaz tu jawab, sedangkan pergi menunaikan haji, bertemu dengan Allah pun ade org nak cari alasan. Betapa lemahnya kita.
Lalu ustaz buat klakor, "Alaaa,kalau nak kawen tu teruskan je laaa. Kang ade pulak yang cancel kahwin lepas dengar ceramah ni. "
Lalu semua membuat muka lega dan gelak panjang.
Wallahu'alam.

Monday, 9 January 2017

bulu mata jatuh? (kiri @ kanan)


pernah dengar orang kata :
jatuh bulu mata kanan-ada yang merindui
kalau bulu mata kiri yang jatuh plak,ada 2 versi..ada yang kata ada orang x suka atau kita yang rindu orang..

erm,dahsyat ni..bulu mata jatuh pun ada makna..waLlahua'alam tentang kesahihannya..tapi bukankah indah kalau yang berlaku itu dijadikan sebagai tazkirah..umpamanya.....

jatuh bulu mata kanan

*biasanya orang kata,bila bulu mata yang lentik sebelah kanan ada orang rindu..tapi cuba ibaratkan bila bulu mata tu jatuh kita anggap yang Allah rindu nak dengar doa kita..rindu nak dengar alunan Quran dari hambaNya yang hina..rindu agar kita membalas balik rindu Tuhan kerana pasti,jika kita rindu padaNya,rindu kita akan berbalas..

bulu mata kiri macam mana?
*andai kata orang benci,umpamakan sebagai syaitan itu benci kalau kita sentiasa bertafakkur mengingat Tuhan..syaitan banci melihat ibadah semakin bertambah baik..dan mestilah x suka bila umat Islam ni menuntut ilmu bukan?

*memang,sebenarnya kita sentiasa dalam kerinduan..fitrah insan untuk berTuhan..tersirat dalam tersurat akan segala ciptaan..


jadi lepas2 ni,kalau boleh bila bulu mata jatuh,janganlah percaya sangat apa yang diwariskan..bukan apa..syaitan itu licik..nanti mengingatkan hati pada 'dia' yang terlarang..jadikan jatuhnya pinjaman Allah itu sebagai satu tanda untuk melihat sejauh mana hubungan kita dengan Dia..insyaAllah,terasa kesannya..barakaLlahulakum!!

Saturday, 7 January 2017

ia DATANG TANPA DIUNDANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum~

Kadang kadang, ia menjengah masuk tanpa memberi salam dan mengetuk. 
Bila kita sedar, ia sudah menetap di dalam ruang kita. 
Kita tertanya tanya, apa makna kehadirannya?
Jika kita terimanya dengan beranggapan bahawa "semua orang dah ada. Aku bila lagi?"
Mungkin kau salah, 

atau mungkin juga kau terimanya kerana nafsu? Hmmm. 


يَادَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ 
…maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah..” (QS. Al Shaad 26)

berfikir sejenak? adakah ia nafsu? hmmmm...

Dalam Al Qur’an terdapat satu penerangan: 
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي فَلَمَّا كَلَّمَهُ قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan”. (QS. Yusuf 54)
cinta kerana nafsu atau cinta benar tulus?.. kedua2nya itu berbeza. 
kenapa kita perlu mengikut perkara yang salah sedangkan Allah buka jalan lain yang boleh mencegah kita daripada terjatuh ke arah kemungkaran?
kenapa kita masih lakukan perkara yang dilarang sedangkan kita telah di didik dia zaman persekolahan tentang agama Islam.. Ini mungkin kerana iman kita yang tidak kuat..
Sering mempersoalkan "kenapa ITU INI?" tapi tidak mencari bagaimana untuk menyelesaikannya..


HADIRKANLAH diri anda ke majlis ilmu.. 
tuntutlah ILMU Allah yang serba luas ini..
Sebelum melakukan sesuatu mengikut nafsu, ingat semula ADAKAH AKU DI JALAN YANG BENAR? 

Saturday, 11 July 2015

✿ Belajar dan Mengajar Keindahan Islam ✿

Assalamu'alaikum w.b.t
Indahnya ISLAM yang sedia ada. Cuma kadang-kadang ia tercemar dengan sikap dan adab umat yang menganut agama itu. Dan membawa pandangan yang kurang baik terhadap penganut agama lain. Sebelum kita pergi kepada keindahan yang ada dalam islam. Ayuh kita kenal dahulu serba sedikit “apa itu islam”.

APA ITU ISLAM?

 Islam? Apa yang kita tahu tentang islam? Islam itu agama? Kita lahir dalam islam? Seumur hidup kita sudah memeluk agama islam, namun apabila kita ditanya definisi islam itu sendiri mungkin kita akan menjawab: “Islam itu agama”.

Mungkin jawapan itu boleh diterima jika kita jawab kepada kawan-kawan sekepala kita. Namun, jika ada rakan daripada agama lain bertanyakan hal ini. Adakah jawapan itu sesuai? Jadi, mari kita kenal dahulu Islam itu sendiri supaya lebih mudah untuk kita sebarkan keindahan yang ada dalam islam. Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah agama yang mengimani satu Tuhan iaitu Allah SWT. Islam juga memiliki erti “penyerahan”, atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah semata. Pengikut dan pengamal ajaran Islam dalam kehidupan seharian digelar Muslim yang membawa erti “seorang yang tunduk kepada Allah”. Dalam hadis riwayat Muslim ada menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Islam itu ialah mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad itu utusan Allah (mengucap dua kalimah syahadah), kemudian mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa bulan Ramadan, serta menunaikan ibadah haji bagi yang mampu. Seperti kita belajar di buku Pafa masa sekolah dulu. Tak kan dah lupa kot.

Jelas bukan tentang Islam? Sudah mengerti makna Islam, barulah kita boleh pergi ke stage yang seterusnya iaitu untuk mengetahui keindahan islam.

BELAJAR DAN MENGAJAR KEINDAHAN ISLAM
Sebagai manusia di muka bumi ini, kita takkan pernah lari daripada proses belajar dan mengajar. Sesungguhnya seseorang itu lahir tidak dilahirkan terus ada ilmu. Ilmu hanya boleh dapat dengan cara BELAJAR. Jadi, JOM kita belajar keindahan yang tersimpan dalam agama sanjungan kita. Jika ingin dihuraikan satu persatu keindahan islam itu, pasti tidak ternilai. Kerana semua itu kurniaan Allah SWT. Namun di sini, akan dihuraikan serba sedikit keindahan islam yang berkait rapat dengan diri kita sendiri:

1. Mudahnya mendapat pahala
Pahala itu adalah ganjaran yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang melakukan kebaikan. Di sini akan dikongsikan serba sedikit pahala yang mudah kita peroleh dengan mudah.
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda: “Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.” – (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan “Melihat Ka’abah”. (Riwayat Abu Daud).

Hanya dengan memandang empat perkara ni pun kita sudah dapat pahala. Betapa Pemurahnya Allah kepada kita. Selain itu, Allah mengurniakan pahala kepada hambaNya yang memasang niat untuk melakukan kebaikan.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“ALLAH Azza wa Jalla berfirman:  Jika hambaKu hendak melakukan suatu kejahatan, maka janganlah kalian menulisnya hingga dia melakukannya.  Jika dia melakukan kejahatan itu, maka tulislah dengan kejahatan yang sama.  Jika dia meninggalkan kejahatan tersebut kerana-KU, maka tulislah untuknya satu kebaikan.  Dan jika dia hendak melakukan kebaikan, lalu dia tidak melakukannya,  maka tulislah untuknya satu kebaikan.  Jika dia melakukan kebaikan itu, maka tulislah untuknya dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali.”  (HR Muttafaq ‘Alaih)

SEE? Dengan hanya memasang niat untuk membuat perkara baik pun Allah membari ganjaran pahala, apatah lagi jika niat yang baik itu direalisasikan maka berganda-ganda pahala akan diberikan. Di dalam islam ni, mudah sangat kita untuk mendapat pahala. Namun, kenapa masih ramai yang memilih untuk tidak mengejarnya. Mengapa jalan melakukan dosa itu lebih susah dan ranjau tetapi ramai yang masih ingin mendapatkannya? Semua pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang akan membuatkan kita senang, bahagia dunia dan akhirat.
semua nya di tangan kita...


2. Hubungan dalam islam
Islam ini tidak terhad. Tak semestinya kita hanya boleh mempunyai ikatan persaudaraan sesama islam sahaja, kita boleh menjalinkan hubungan dengan rakan daripada agama lain. Selagi mana kita dapat memberi contoh kepada mereka dan ingin menyebarkan keindahan agama kita, teruskan. Okay, sekarang ni fokus kepada keindahan apa yang ada di dalam hubungan sesama manusia ni? Lebih mudah untuk memanggil hubungan ini adalah, Ukhwahfillah. Ia membawa makna persaudaraan kerana Allah. Apabila kita jalinkan persaudaraan antara manusia, kita akan mendapati satu aura yang benar-benar lain jika hubungan itu benar-benar niatnya kerana Allah SWT. Tanpa kita sedar, bila berjauhan dengan sahabat kita, kita rasa rindu. Bila tiada, kita mendoakannya selalu. YES?! Itulah ikatan persaudaraan yang banyak mengajar kita tentang indahnya islam jika kita tidak salah memlilih sahabat. Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:
“Serendah-rendah martabat ukhuwah ialah bersangka baik terhadap saudaramu, dan setinggi-tinggi martabat ukhuwah ialah apabila kamu meletakkan saudaramu lebih utama daripada dirimu sendiri.”
jika kita sungguh Cintakan persahabatan kita itu, pasti kita tidak akan cemari ikatan yang telah terjalin itu dengan perkara yang remeh. Sahabat yang baik akan sentiasa menegur jika kita berbuat salah, menasihati jika kita di dalam masalah dan bersama-sama ingin memimpin kita masuk ke syurga. Sejatinya, ukhuwah inilah yang menjadi salah satu rahsia keindahan umat Islam.

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.
(Al Hujurat: 10)

Hablu Minallah, Hablu Minannas (Hubungan dengan Allah, Hubungan dengan manusia). JOM Sama-sama usaha dan berazam untuk jaga kedua-duanya.

3. Islam bukan Anti-Fesyen
Bila cerita hal Fesyen, memang ada perkaitan dengan perempuan. Tetapi kaum adam tidak terkecuali. Cuma kupasan ini diberatkan kepada kaum hawa. Mesti sebagai seorang wanita, perempuan, muslimat terfikir kenapa Islam itu melarang kita nak pakai itu ini. Sebenarnya, islam bukan larang kita berfesyen pun. Tak, sikit pun tak. Cuma Islam anti dengan pendedahan aurat dalam berfesyen. Zaman sekarang ni memang banyak pakaian yang agak kurang sopan di jual hampir di semua mall ada. Yang pakaian nak menutup aurat tu susah nak jumpa. Eh ehh, Sapa kata ha? Sekarang ni banyak je baju-baju muslimah jual di pasaraya, baju jubah ala-ala princess pun banyak. Cuma ikut kemahuan kita ja, nak or tak nak je kan? Sebenarnya, segala larangan yang Allah sudah tetapkan tu, ada hikmah okay? Ia sebenarnya untuk menjaga maruah diri kita agar terlindung dari perkara yang tidak baik. Nampak tak? Allah angkat martabat kita sebagai seorang perempuan

Bagi wanita muslimah, berbanggalah dengan identiti yang ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Buktikan rasa bangga tersebut dengan tampil yakin menutup aurat. Tak susah pun nak menutup aurat. Pastikan sebelum keluar rumah, Tanya pada diri: “Adakah pakaian yang pakai ini boleh dibawa terus untuk solat?” simple bukan? Jaga maruah anda, Allah akan jaga kita.
moga dengan berpakaian menutup aurat ini akan memaparkan keindahan islam itu sendiri bukan pada diri kita sahaja, mungkin juga pada kaum agama lain dan dapat menarik mereka berjinak dengan agama kita yang indah ini.



Islam itu benar benar indah apabila seseorang itu mempelajari dan menghayati serta mengamalkannya dengan bersungguh-sungguh. Penuhilah hari-hari yang anda lalui dengan belajar memahami dan sebarkan keindahan di dalam islam. Teruskan mencari keindahan yang tersirat dalam agama kita, agar kita bisa mengajarnya kepada yang lain. Semoga penulisan ini akan memberi sedikit sebanyak gambaran tentang ISLAM ITU INDAH. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang daripada diri saya yang kurang ilmu ini. Tegur jika salah, moga saya dapat perbaiki segala kesalahan. Wallahu’alam~


Wednesday, 8 July 2015

Mendengar Nasihat

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

kita yang menerima nasihat bercas -ve
manakala yang memberi nasihat bercas +ve
Tapi, BAYANGKAN jika orang yang memberi nasihat tu bercas -ve jugak
(means, cakap kasar macam nak marah, macam nak cari gaduh or cakap ayat2 yang kesat)
Agak-agak, kita yang diberi nasihat ni menerima ke tak?

charge -ve & -ve (will repel)
charge -ve  dan +ve (will attract)

Jadi, berlemah lembut lah dalam berkata-kata atau menyampaikan sesuatu supaya tidak ada yang terasa.. 

#notetomyself
#sebarkankasihsayang~

Thursday, 25 June 2015

HIJRAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian
Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

- Surah An-Nisa’ Ayat 100 -

"Hijrah itu bukan mudah, Namun akan aku cuba istiqamah,Bantu aku jika rebah,Kuatkan aku jika aku lelah"
Istiqamahlah walaupun sedikit. Asalkan ia berterusan.
Ya memang susah.. tapi CUBA.. Allah pandang usaha.
MOGA BERJAYA. smile emoticon

Thursday, 18 June 2015

Belajar Dan Mengajar

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian
Sebagai manusia di muka bumi ini, kita takkan pernah lari daripada proses belajar dan mengajar. Sesungguhnya seseorang itu lahir tidak dilahirkan terus ada ilmu. Ilmu hanya boleh dapat dengan cara BELAJAR. Dan apabila kita mempunyai sesuatu ilmu yang bermanfaat, haruslah di kongsi dan kita akan melalui fasa "mengajar".. ia akan terus berpusing selagi Allah masih pinjamkan nyawa kepada kita.

Namun,
Dalam satu hadis menyebut,
 "sebaik-baik manusia adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"

Teruskan menjadi pelajar, everytime and everywhere..
Wallahu'alam~

Wednesday, 22 April 2015

TANDA-TANDA HATI YANG MATI

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

1. "Tarkush sholah', - berani meninggalkan
salat fardhu.
2. "Adzdzanbu bil farhi",- tenang tanpa
merasa berdosa padahal sedang melakukan
dosa besar.
3. "Karhul Qur'an", - tidak mahu membaca
Alquran.
4. "Hubbul ma'asyi", - terus menerus
maksiat.
5. "Asikhru", - sibuknya hanya mengumpat
saja dan buruk sangka, serta merasa dirinya
selalu lebih mulia dari org lain..
6. "Ghodbul ulamai", - sangat benci dengan
nasihat baik dan ulama.
7. "Qolbul hajari", - tidak ada rasa takut akan
peringatan kematian, kuburan dan akhirat.
8. "Himmatuhul bathni", - gilanya pada dunia
tanpa peduli halal haram yang penting kaya.
9. "Anaaniyyun" - mementingkan diri sendiri
dan terlalu ego.
10. "Al intiqoom", pendendam yang hebat.
11. "Albukhlu", sangat kedekut.
12. "Ghodhbaanun", cepat marah kerana
keangkuhan dan dengki.
13. "Asy Syirku", syirik dan percaya sekali
kepada dukun dan yang seumpamanya.
Astaghfirullahal'azim... Lalu bagaimana caranya
agar kembali menghidupkan hati yang mati?

1 : Mulailah dengan sungguh sungguh
bertaubat. Allah janji akan mengubah keadaan
mereka yang sungguh-sungguh bertaubat.

Firman Allah :
ﺇﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺗَﺎﺏَ ﻭَﺁﻣَﻦَ ﻭَﻋَﻤِﻞَ ﻋَﻤَﻠًﺎ ﺻَﺎﻟِﺤًﺎ ﻓَﺄُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻳُﺒَﺪِّﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪُ
ﺳَﻴِّﺌَﺎﺗِﻬِﻢْ ﺣَﺴَﻨَﺎﺕٍ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻏَﻔُﻮﺭًﺍ ﺭَﺣِﻴﻤً
"Kecuali orang yang bertaubat dan beriman
serta mengerjakan amal yang baik, maka
orang-orang itu, Allah akan menggantikan
(pada tempat) kejahatan mereka dengan
kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani. " (QS Al Furqon 70).
Tadinya kotor menjadi bersih, tadinya hina
menjadi mulia, tadinya mati menjadi hidup,
tadinya hatinya keras menjadi mudah
menangis.
2 : Banyakkan berdzikir, beristighfar dan
berselawat,

Firman Allah :
ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺫِﻛْﺮًﺍ ﻛَﺜِﻴﺮًﺍ ( 41)
ﻭَﺳَﺒِّﺤُﻮﻩُ ﺑُﻜْﺮَﺓً ﻭَﺃَﺻِﻴﻠًﺎ (42
43 - ﻫُﻮَ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﻳُﺼَﻠِّﻲ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﻣَﻠَﺎﺋِﻜَﺘُﻪُ ﻟِﻴُﺨْﺮِﺟَﻜُﻢْ ﻣِﻦَ
ﺍﻟﻈُّﻠُﻤَﺎﺕِ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟﻨُّﻮﺭِ ﻭَﻛَﺎﻥَ َﺑِﺎﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦ ﺭَﺣِﻴﻤًﺎ
" Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah
(dengan menyebut nama Allah), zikir yang
sebanyak-banyaknya.Dan bertasbihlah kepada-
Nya di waktu pagi dan petang.Dialah yang
memberi rahmat kepadamu dan malaikat-Nya
(memohonkan ampun untukmu), supaya Dia
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada
cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha
Penyayang kepada orang-orang yang
beriman." (QS Al Ahzab 41-43).
Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan
orang yang berzikir kepada Allah dengan orang
yang tidak berzikir kepada Allah adalah
sepertimana orang yang hidup dengan orang
yang mati." (HR Bukhari dan Muslim)
3: Menghidupkan sunnah-sunnah Nabi
Muhammad SAW
, seperti mengerjakan salat
malam, tadabbur Alquran, berjamaah di
masjid, sedekah, selalu menjaga wudhu,
bersilaturrahim dan sebagainya. Lakukan
dengan kesedaran, kecintaan kepada
Rasulullah, dan lakukan istiqomah terus
menerus, jangan putus.
ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻭَﻋَﻤِﻠُﻮﺍ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺎﺕِ ﻭَﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﻤَﺎ ﻧُﺰِّﻝَ ﻋَﻠَﻰ
ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻫُﻮَ ﺍﻟْﺤَﻖُّ ﻣِﻦْ ﺭَﺑِّﻬِﻢْ ﻛَﻔَّﺮَ ﻋَﻨْﻬُﻢْ ﺳَﻴِّﺌَﺎﺗِﻬِﻢْ
ﻭَﺃَﺻْﻠَﺢَ ﺑَﺎﻟَﻬُﻢْ
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal yang soleh serta
beriman kepada Al-Quran yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - yang ialah
kebenaran dari Tuhan mereka, - Allah
mengampunkan dosa-dosa mereka, dan
menjayakan keadaan mereka (di dunia dan di
akhirat)." (QS Muhammad: 2)..
Tentu yang paling utama adalah melakukan taat
bersungguh-sungguh, maka banyak keajaiban
pada hamba Allah yang sungguh-sungguh taat.
3 ﻭَﻣَﻦْ ﻳَﺘَّﻖِ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳَﺠْﻌَﻞْ ﻟَﻪُ ﻣَﺨْﺮَﺟًﺎ 2 ﻭَﻳَﺮْﺯُﻗْﻪُ ﻣِﻦْ ﺣَﻴْﺚُ ﻟَﺎ
ﻳَﺤْﺘَﺴِﺐُ
"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah
(dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan
mengadakan baginya jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkannya), Serta
memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya." (QS Ath Thalaq: 2-3).
Semoga Allah menghiasi hati kita dengan
keindahan iman dan kemuliaan akhlak..
Allahumma Aamiin.. smile emoticon

Wednesday, 4 June 2014

self reflection

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

| SELFIE |
Ramai orang sekarang ni salah tafsir apa itu selfie? 
Aku pun sebenarnya bukan tau sangat apa itu selfie, oleh kerana di sekeliling ni penuh dah orang melakukan tabiat itu, so aku pun jadi lah tahu..
Selfie means kita tangkap gam
bar kita "seorang", guna tangan kita okay.Bukannye orang tolong pegangkan camera kita, and tangkapkan. Tu namanya err.. tak tau.. seperti yang kita tau, self membawa maksud diri kan? kan? selfish pentingkan diri. (err, ape kne mengena tahh) tapi motifnya aku taip benda ni..
tak kisah la, kau selfie gaya macam mana, kau guna monopod panjang berinci inci untuk berselfie.
TAPI, selfie yang terbaik adalah MUHASABAH DIRI

#senyum, ((:
sebarkan kasih sayang~

Tuesday, 20 May 2014

Assignment?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

     VS



|ASSIGNMENT|
Kebanyakkan di kalangan pelajar pulun habes kalau bab nak siapkan assignment ni.. Sebab apa? Kita, aku, kau, dia dan mereka takut nanti carry mark untuk final sikit. Macam mana nak score kalau carry mark sikit kan? Lagipun, assignment ni ade due date, so kita kena la siapkan on time..
hmmm,, tapi.. cuba bayangkan? Kalau Allah pun bagi assignment kat kita.. Assignment nye baca Quran dan setiap bulan dan kena khatamkan serta fahami. Tapi Allah Maha Baik. Kenapa kita ambil mudah hal ni? Kerana kita tak sedar, sebenarnya kita di dunia ni pun ade due date die. yang bila-bila masa je boleh tiba.. Tarikh tamat kita ber'assignment' mencari carry mark untuk akhirat adalah MAti.. so, perbanyakkanlah assignment yang boleh membawa kita menuju ke syurga Allah..

insyaAllah.. 

#notetomyself