Saturday 18 January 2014

TIPS MENINGGALKAN COUPLE

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian


1. Bertaubat-Menyesali kejahilan dahulu. Berazam tidak akan mengulangi. Memperbanyakkan solat taubat siang malam.

2. Kuatkan hati-Putuskan hubungan tersebut serta jalan-jalan yang membolehkan kamu berdua berhubung. Salin nombor sahabat-sahabat dan tukar nombor telefon bimbit. Ada juga yang taknak menukar nombor telefon,dan berniat berhenti sms. Tetapi percayalah, cara itu kurang efektif kerana ada syaitan yang menggoda. Syaitan akan memujuk dan memujuk.

3. Elakkan kebosanan-Oleh kerana dah terbiasa sms, calling, chat. Tukarkan kepada menghadiri usrah, majlis keagamaan, tazkirah, kempen-kempen agama, riadah bersama keluarga dan sahabat fillah.

4. Membeli dan membaca buku Tarbiyah- Contoh terbaik novel tautan hati,Seindah mawar berduri,pemilik cintaku setelah Allah dan rasul oleh ustazah Fatimah Syarha. Ataupun tentang cinta oleh Pahrol Mohd juoi,Matahari oleh Hilal Asyraf dan banyak lagi.

5. Memperbaiki penampilan diri-Aurat dari atas kepala hingga hujung kaki tertutup dengan sempurna. Tiada ketat, tiada singkat, tiada terdedah, tiada nipis dan afdhal gunalah warna gelap setiap kali keluar rumah.

6. Jika masih belajar-Sibukkan diri dengan aktiviti persatuan yang bermanfaat untuk mental dan fizikal.

7. Padamlah lagu-lagu jiwang dalam hp,laptop dll-Tukarkan kepada nasyid, zikir, alunan qasidah, selawat yang mengingatkan kita pada Allah dan Rasul.

8. Selalu perbetulkan semua niat-yakin dengan Qada Qadar. Jika ada jodoh, pasti bertemu jua.

9. Memperbanyakkan ingat mati-Cukup kematian sebagai peringatan.

 Allah berfirman-"Kamu menyangkanya perkara kecil,sedangkan di sisi Allah, ia adalah perkara yang besar dosanya" (Surah an-Nur: 15)

Kita buat apa ALLAH suka,
ALLAH beri apa kita suka 

HIJRAH !

Saturday 11 January 2014

WANITA: BUKAN 'FITNAH' SEMATA-MATA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian

sumber blog FATIMAH SYARHA


Saling Memahami Baru Harmoni

Ada suami mahukan isterinya berada di rumah sepenuh masa. Isteri pula mahu berperanan bukan sahaja dalam domestik keluarga bahkan juga dalam kehidupan sosial. Lalu, konflik tercetus.
Sebelum sang suami memperalatkan kuasa ‘kena taat’ setelah bernikah, wanita yang bakal bergelar isteri perlu celik isu ini. Bincangkan dan harmonikannya sebelum bernikah lagi.
Benar, tugas isteri dalam rumah tangga  menjadi prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini tidak menafikan peranan wanita di tengah masyarakat. Kita hidup bermasyarakat. Ia memerlukan kerjasama yang erat antara suami dan isteri agar wanitanya dapat turut berperanan dalam masyarakat. Barulah masyarakat lebih berkembang dan maju. Anak-anak juga tidak terabai.

Wanita Juga Ada Amanah di Luar Rumah
Ada orang menganggap wanita tidak boleh berperanan begitu begini hanya dengan menggunakan hujah, wanita itu fitnah lelaki. Sedangkan Islam mempunyai lautan dalil-dalil yang lain untuk menggambarkan keadaan sebenar peranan wanita pada zaman Nabi. Realistik dengan kehidupan.
Wanita turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki, ianya berlaku sejak zaman Nabi lagi. Penglibatan ini disertai beberapa aturan dan ingatan. Ingatan tentang fitnah itu sifatnya untuk memelihara bukannya menghalang!
Samalah seperti ingatan Islam tentang ‘fitnah’ harta dan anak-anak. Ia untuk memelihara kita daripada terleka. Namun, Islam tidak sesekali menghalang mengumpul harta dan mempunyai anak, bukan?
Maka, wajarkah menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Antara contoh dalil wujudnya kegiatan sosial yang bermanfaat antara lelaki dan perempuan pada zaman Nabi ialah:
1.     Kaum wanita berdialog dengan kaum lelaki mengenai ilmu.

“Dari Ummu al-Fadhl al-Harits dikatakan bahawa sekelompok manusia berdebat di sampingnya pada hari Arafah mengenai puasa Nabi…”
(HR Bukhari dan Muslim)

2.     Kaum lelaki belajar ilmu pengetahuan tentang sunnah dari isteri-isteri Nabi.

“Dari Anas bin Malik, dia berkata, “Datang tiga rombongan (lelaki) ke rumah isteri Rasulullah, untuk menanyakan ibadah Nabi.”
(HR Bukhari Muslim)

Ketika mengajar mereka, antara aturan yang khusus untuk isteri Nabi ialah tetap berada di rumah dan memakai hijab (seperti tabir langsir). Aturan ini tidak diwajibkan ke atas Muslimah lain.

3.     Kaum lelaki memutuskan perkara yang mereka pertikaikan dengan pertimbangan kaum wanita.

“Dari Thawus, dia berkata: “Aku sedang bersama Ibnu Abbas ketika Zaid bin Tsabit berkata, ‘Kamu memfatwakan bahawa wanita haid harus pulang sebelum masa terakhirnya dengan Baitullah?’ Ibnu Abbas menjawab, “Mungkin tidak. Cuba tanyakan kepada wanita ansar itu, apakah Rasulullah menyuruhnya demikian?”
(HR Muslim)

4.     Rasulullah menjawab persoalan wanita di perjalanan.

Dari Anas dikatakan bahawa seorang perempuan terlintas dalam fikirannya sesuatu, lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, aku ada hajat.”Nabi berkata, “Wahai Ibu si Fulan, pilihlah jalan mana yang kamu suka sehingga aku dapat menjawab hajatmu.” Lalu Rasulullah berangkat dengan perempuan itu melewati beberapa jalan sehingga selesai hajat perempuan itu.”
(HR Muslim)

5.     Ummu Syuraik si penyambut tetamu.

Rasulullah SAW bersabda, “….Ummu Syuraik adalah wanita yang banyak tetamu…”
(HR Muslim)

6.     Asma binti Abu Bakar menyusun strategi agar niatnya direstui suami.

Datang seorang lelaki miskin dan meminta izin untuk berniaga di perkarangan rumah Asma’. Asma’ tidak keberatan tapi beliau risaukan suaminya mungkin keberatan. Asma lalu meminta lelaki miskin itu mengikutinya untuk berjumpa dengan suaminya. Lelaki miskin itu meminta izin sekali lagi di hadapan suami Asma’. Asma’ menjawab dengan nada pura-pura tidak mengizinkan. Lalu Zubair simpati dengan lelaki miskin itu dan mengizinkannya.
(Rujuk lanjut HR Muslim)