Friday 8 November 2013

ikhtilat~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum~

sedikit perkongsian



Baca jika pandai baca,tak baca tak pandai membaca 

[SEMUA WAJIB BACA DAN FAHAM] 

Apa itu IKHTILAT?
Definisi Ikhtilat Dan Hukum Menurut Syara'

Apa itu IKHTILAT ?

- Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

- Dari segi istilah Syariat, yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.

HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?

Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.

2- Dalam keadaan keperluan (Hajat)

- Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
- Dalam pembelajaran (Kelas)
- Jual beli
- Kerja kehakiman
- Saksi
- Amar maaruf nahi mungkar
- Melayan tetamu
- Dalam kenderaan awam
- Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

p/s: Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1- Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam, “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan… dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31

Dan sabda Rasulullah s.a.w. “... janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”

2- Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?

3- Bercakap lembut
Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.

4- Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melainkan bersama mahram. Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat. Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat.

5- Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan manakala aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut.

Syarat-syarat Ikhtilat
1- Niat : Kerana Allah
2- Matlamat : Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3- Tidak bersentuhan : Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4- Menutup & menjaga aurat : Perlu sentiasa terjaga
5- Menjaga adab bercakap : Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6- Mengasingkan tempat : Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7- Dibawah kawalan orang yang dipercayai : Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat. Contoh : Keadaan (Waqi’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai.

 

Salah Faham berkaitan Ikhtilat

- Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.

- Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat. Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)

- Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat. Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.

- Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan. Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat.

Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat. Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat.

“Wallahua’lam”

Rujukan : Kitab Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud


Wednesday 6 November 2013

KALAU TAK BACA MESTI MENYESAL

Assalamualaikum,

saya minta maaf.
dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni,
itu mungkin cerita awak sebagai perempuan,
tapi percayalah,
tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

sejak dari sekolah,
saya memang pelik, kenapa orang kata mendekati zina itu haram,
bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..

tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.

tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,

sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?

tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 'hint',
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak 'ter'bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~

lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.

mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?

satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je...

yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'

saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa...
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.

dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.

err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?

'Tak! Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.

'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.

entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,

tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?'

saya dan dia dah ter'couple',
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.

please, sama-sama jaga diri...

satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.

terpukul.
terpana.
terasa.

semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?

Astaghfirullah.

kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?

saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
...ikut nafsu.

sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.

saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.

saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.

saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!

banyaknya dosa saya.
:"(

Allah,
Allah,
Allah.

saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.

bila dah tenang sikit,
saya 'text' dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me...'

dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.

saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.

dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.

jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.

dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.

doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.

Insha-Allah.

-a guy, still searching for the true love.


#kopipasta