Wednesday 26 June 2013

NEWTON 1st LAW dalam ISLAM


Newton 1st Law states, benda yang statik(pegun) atau bergerak akan kekal dengan keadaannya sebegitu jika tiada daya luar mengubah kedudukan benda tu. 

kita boleh kaitkan dalam ISLAM
1) Islam takkan tersebar kalau tiada sesiapa yang berjalan dan menyampaikannya
2) Allah takkan ubah nasib seseorg tu hinggalah dia ubah nasib dia sendiri, bak kata orang puteh, 'move your lazy-fat-butt off!' (err, sorry)
3) kalau hidup kita ni statik aje, atau gerak (tanpa hala tuju), tersangatlah sia-sia dan tak bermakna langsung.. kan dunia adalah alat untuk akhirat?

conclusion:
so, kumpul lah banyak amalan untuk dibekalkan di akhirat kelak..
bergeraklah ibarat atom, makin panas, makin kuat ia bergetar and semakin banyak perlanggaran and bertambah++ tenaga kinetik (tenaga nak menyampaikan islam laa). 
berdakwahlah mengikut sunnah macam Rasulullah , makin ditentang, makin semangat!~

*sape baca sampai habis, insyaAllah hampa memang mukmin yang mencintai agama dan fizik. alhamdulillah... 

sorry kalau salah 
hehee~

Monday 24 June 2013

Tujuh Wanita Ajukan Soalan, Hanya Seorang Lelaki Menjawab



Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti

SUMBER

Lirik Binnabil Huda (arab berserta makna)


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya


Artis: UNIC

posting to:  alhakim

Saturday 22 June 2013

Realiti Hari Ini



pada suatu petang yang indah..
seorang syabab membaca tafsir Al-Quran ilmu di tepi tasik..
kerana baginya tempat tersebut amat tenang tanpa sebarang gangguan..

*****

setelah dia memahami beberapa ayat.. 
TIBA-TIBA..........
lalulah sepasang pasangan yang sedang bergaduh.
syabab tersebut terganggu dengan pencemaran bunyi tersebut..
syabab itu pun 'curi' dengar apa yang dibualkan oleh pasangan itu...


perempuan: awak tak pernah memahami saya, asyik saya je yang kena paham awak..! huhuhuu..~

lelaki: sepanjang saya bersama awak, awak tak nampak ke yang saya berusaha memahami awak.. saya belikan apa yang awak nak, saya bawak ke mana je yang awak nak... awak tak nampak ke pengorbanan saya di situ? SEKARANG?! awak nak kata saya tak paham awak pulak? -_- 

perempuan: saya selalu memahami awak :'( 

lelaki: memahami kata awak?! bila gaduh je awak mintak putus.. asyik saya je yang kena pujuk awak.. itu yang awak kata yang awak faham saya..??? cuba awak terangkan, di mana situasi yang awak memahami saya? ha? ha??!

syabab: Ya Allah.. mana datangnya suara suara yang bagaikan sumbang ditelinga ana ni?

lelaki dan perempuan itu memandang ke arah syabab tersebut
tidak sempat pasangan itu berkata apa apa.. syabab itu meneruskan katanya..

syabab: suara itu bagaikan suara pasangan yang sedang mendekati zina..? suara itu bagai kan membincangkan hal kesetiaan mereka dan kesefahaman diantara mereka? adakah benar suara yang ana dengar itu? ana bagaikan mahu tergelak.. lucu rasanya bila berbincang hal faham memahami ni.. ana ni bukannya nak menunjuk, tetapi, daripada sibuk memahami pasangan yang tidak halal, lebih baik kita memahami isi kandungan Al-Quran yang merupakan wahyu ALlah ini.. Allah memang sayangkan kita,Dia setia mendengar dan faham apa jua yang kita fikirkan.. cubalah kita memahami apa yang ingin disampaikan oleh Allah... tak susah la macam nak paham manusia yang pelbagai kerenah ni.. sehari satu ayat pun dah okay.. bertambah+ jugak la ilmu kita tu.. lepas dah memahami, kita boleh kongsi.. kan lebih baik dan bermanfaat.. ~ Assalamu'alaikum...
(senyum dan bangun daripada bangku lalu pergi)

lelaki dan perempuan itu saling berpandangan dan terkebil kebil mata lalu si lelaki mengajak si perempuan menyertai ..........

di Lot 1-33, PV128 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, KL

 

(:

-rekaan semata mata-
(percubaan membuat cerita) 

Friday 21 June 2013

KUCING ( کوچيڠ )


saya akui ramai manusia di muka bumi ini memiliki ataupun membela haiwan mamalia ini di rumah bukan?

Kerana aksi lincahnya, kecomelannya, kelucuannya dan jinak membuatkan lagi ramai yang membelanya berbanding haiwan yang lain...
kucing ini selalunya kita bela dan anggapnya sebagai kawan..
benar bukan?
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam bermacam warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. 


KAJIAN TENTANG KUCING


Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda:
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.
Sabda nabi ini yang dilafazkan 1500 tahun dahulu telah dibuktikan kebenarannya oleh ahli sains di zaman sekarang. Sains mendapati bahawa kulit kucing mempunyai otot-otot yang berupaya melawan sel bakteria. Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing dimana benjolan itu berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau mata gergaji. Bentuk ini amat berguna dalam membantu membersihkan kulitnya.
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Ulasan doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu tandanya kucing itu akan atau sedang sakit.
Mengapa kucing tidak suka bila kena air? Ini adalah kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya. Inilah sebenarnya yang menyebabkan kucing agak liat untuk dimandikan.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman jarang ada pada tubuh kucing.


 KUCING DAN ISLAM

Hukum Haiwan Dalam Islam

Haiwan yang Suci, semua haiwan yang dihukumkan suci semasa hidupnya kecuali haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.
Haiwan Yang najis seperti Babi, Anjing atau haiwan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satu daripadanya.
Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh seperti ular, gagak, tikus, anjing gila, burung hering dan cicak.


Kucing adalah makhluk Allah yang sangat akrab dengan kehidupan manusia yang berpewatakan manja.

Berbuat ihsan kepada haiwan peliharaan satu tindakan terpuji. Hukum ini berubah menjadi wajib apabila haiwan tersebut dikurung sehingga tidak dapat mencari maknan sendiri. Pada saat itu, pemiliknya mesti menyediakan semua keperluannya seperti makanan, minuman dan lain-lain.
Berkata Ibn al-Haitami dalam Fatawa: “Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”

 Namun begitu, hendaklah perbelanjaan untuk haiwan ini dalam had yang berpada. Jangan terlalu berlebih dengan mencari makanan yang mahal, membuatkan sangkar yang mewah dan sebagainya. Perbuatan berlebihan seperti ini dikhuatiri termasuk dalam pembaziran yang terlarang. Apalagi jika dalam masa yang sama ada anggota keluarga atau jiran tetangga yang lebih memerlukan bantuan kita.

Berbuat ihsan dan bersedekah kepada haiwan memang terpuji. Namun berbuat ihsan dan bersedekah kepada manusia yang lebih memerlukan adalah lebih terpuji.




Wallahu a’lam




Nabi juga ada kucing bernama Mueeza
mahukan cerita? klik di sini -------->  Mueeza

Wednesday 19 June 2013

sudah sudahlah





Duhai ikhwah akhowat
Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau mengalirkan air mata tangis
Kononnya menginsafi betapa peritnya umat yang sedang tragis ..
Esok-esoknya
Dikau bangkit menghilai tawa
Bersenda gurau membunuh masa ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau semangat membara
Menyelar ideologi hedonisma pujaan uda dan dara ..
Esok-esoknya
Dikau terkinja-kinja
Menjerit melolong menyanyi berdansa bersama ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau terkebil menggelengkan kepala
Melihat idola siswa yang tiada wibawa ..
Esok-esoknya
Dikau masih orang yang sama
Tiada usaha kurang membaca ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau membebel menyumpah seranah
Keadaan umat yang tak sudah berbalah ..
Esok-esoknya
Dikau mendiam membisu sendirian
Tiada disapa rakan dan taulan ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau tunduk sesal nasuha
Pada dosa yang tiada terkira ..
Esok-esoknya
Dikau ulang semula
Seolah malaikat sudah tiada nyawa ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Dikau teruja memasang cita
Berangan lagak remaja Gaza, segak mengangkat senjata..
Esok-esoknya
Dikau nyenyak Subuh di atas tilam baldu
Selimut nipis umpama besi berat nan beribu ..

Sudah-sudahlah ...

Hari ini
Mulut mencebik geram. hati rasa meluat
Melihat mereka yang terhegeh selalu mengelat dan terlewat ..
Esok-esoknya
Dikau orang yang paling akhir
Hadir usrah tugasan pun selalu tercicir ..

Sudah-sudahlah
Sudah-sudahlah ..
Sudah-sudahlah ...

Kita sudah suntuk masa
Mengumpul pemuda yang tinggi izzah Islamnya ..

Kita sudah suntuk masa
Menyusun tenaga menonjol idola wibawa

Kita sudah suntuk masa
Perbaiki ummah yang parah dan celaru identitinya ..

Kita sudah suntuk masa
Mempersiap jawaban tuk ketemu Tuhan Yang Esa ..

(Umatku, masihkah punya harapan?)

Kalau tidak sekarang bila lagi?
Kalau tidak kita siapa lagi?



Kun Sabbaqan!
Jalinan Ukhuwah Musim Panas ISMA UK-Eire,
Peak District
#JUMP2013



sumber

Thursday 13 June 2013

Alhamdulillah walaupun tak 4FLAT!

ASSALAMU'ALAIKUM semua..
moga sihat di bawah lindungan Allah S.W.T
aku nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan result yang okay..
walaupun hakikatnye aku tak menyangka boleh dapat macam tu.. 
sebab aku tak lah membaca buku sangat..
mungkin berkat aku FOKUS dalam kuliah..

ALHAMDULILLAH~!

aku tak sangka yang fizik boleh dapat A padahal aku target kimia yang A
haha... tak pe laa.. maybe over confident sangat tu salah nye..
tiada apa yang nak di banggakan, tiada apa yang nak harapkan..
kerana ILMU itu milik ALLAH..
cuma, aku berharap apabila aku melangkah ke alam UNIVERSITi..
aku akan lebih peka akan setiap exam..
insyaAllah..

buku yang telah buat aku tak belajar.
(bukan nak salahkan buku, tapi hakikatnye aku memang pemalas)
hehe... :)

ermm..
bila ingatkan balik..
ade budak sebilik aku pon kata..
"atiqah ni bukan bace buku pelajaran, tapi pasal cinta"
"confirm la subjek CINTA die A++"

cehhh -.-
aku diam je..
assukutu akhurrido(Diam itu tandanya redho)
hahaa..

-wasalam-


Wednesday 12 June 2013

kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.



Tahukah Anda bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memiliki kucing peliharaan. Kucing Nabi Muhammad bernama Mueeza.

Setiap Nabi menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletak di atas pehanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi sukai ialah: Mueeza selalu "mengiau" ketika mendengar adzan, seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.


Pernah suatu kali Nabi hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur di atasnya.. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya supaya tidak membangunkan Muezza.

Ketika Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan bahwa kucing itu tidak najis.Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.


Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bekas minuman.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas minuman. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.


Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.